WFC

Malaysian Franchise Association is the only franchise association in Malaysia Recognized by World Franchise Council. WFC merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada 48 Persatuan Francais seluruh dunia yang telah ditubuhkan pada tahun 1994. Tujuan penubuhannya adalah bagi menyediakan forum untuk bertukar pengalaman, maklumat dan pandangan dalam industri francais di Negara masing-masing di samping meningkatkan saluran komunikasi di antara setiap ahli persatuan. MFA telah menganggotai WFC sejak tahun 1998 dan pernah dilantik sebagai Sekretariat Legal Affair untuk sesi 2013 sehingga 2015.

APFC

APFC merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada Persatuan Francais di sekitar Asia Pasifik dan telah ditubuhkan pada tahun 1998. Tujuan penubuhannya adalah bagi menyediakan forum untuk bertukar pengalaman, maklumat dan pandangan dalam industri francais di Negara masing-masing di samping meningkatkan saluran komunikasi di antara setiap ahli persatuan. Penubuhan APFC ini telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan di Malaysia. MFA telah menganggotai APFC sejak 1998 dan pernah dilantik sebagai Sekretariat pada tahun 1998 sehingga tahun 2014. MFA juga dilantik sebagai Bendahari APFC dari tahun 2009 sehingga kini.