Berbelanja dalam negara rancakkan semula ekonomi domestik

29 Julai 2020, Pandemik COVID-19 bukan sekadar soal kesihatan dan perubatan, bahkan memberi kesan kepada kehidupan harian, memaksa kita mengadaptasi normal baharu merangkumi aspek kebersihan diri, cara bersosial, pengurusan kewangan serta landskap sosioekonomi. Ekonomi paling terkesan sekali. Bukan sahaja di negara ini, malah dunia juga. Aktiviti ekonomi terhenti dan terjejas teruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan…

Semua perniagaan boleh difrancais

Shah Alam, 10 Julai 2020, Semua bidang perniagaan berpotensi untuk difrancais bagi memperluaskan pasaran jenama masing-masing selain memberi peluang kepada usahawan lain menjana pendapatan sebagai francaisi. Sehubungan itu Penasihat Francais Bebas, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli menyarankan pengusaha perniagaan memanfaatkan sistem rangkaian francais dengan memulakan langkah mendaftar sebagai francaisor di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Ujarnya,…

Sistem francais lebih banyak keuntungan

Shah Alam, 10 Julai 2020, Pengurus Operasi MD Foodstuff Sdn Bhd (MD Putu Bambu World), Mohamad Hassan berkongsi rahsia kejayaan sehingga memperoleh pendapatan jualan keseluruhan mencecah RM12 juta dalam perniagaan yang diusahakan sejak 13 tahun lalu. Beliau yang memulakan perniagaan kuih tradisional itu pada 2007, berkata, beliau dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Encik…

Modal permulaan francais serendah RM50,000

Kuching, 3 Julai, KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk mengurangkan modal permulaan bagi perniagaan francais serendah RM50,000. Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia antara langkah yang diyakini mampu meningkatkan minat golongan muda untuk menjadi usahawan francais. Justeru, katanya, KPDNHEP kini sedang mengumpul cadangan daripada pelbagai pihak khususnya usahawan…

Kaji modal mula francais RM50,000

Sepang, 7 Julai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan modal permulaan perniagaan francais kepada hanya RM50,000. Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama usahawan bagi mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan jumlah modal itu. Beliau berkata langkah itu adalah antara fokus…