Kuala Lumpur, 26 Ogos 2020,
Hidangan dalam pesawat AirAsia kini bukan hanya boleh dinikmati di atas awan namun juga di restoran sekitar Lembah Klang.
Restoran Santan yang dibuka setahun lalu kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan beberapa francais.
Menurut ‘orang kuat’ Santan iaitu Tan Sri Tony Fernandes, restoran itu telah mendapat kebenaran untuk menawarkan francais kepada mereka yang berminat.
Jelasnya, kebenaran membuka francais sekaligus membuka impian agar jenama Santan berkembang pesat setaraf jenama restoran terkemuka dunia lain.
“Berita baik hari ini. Santan mendapat kelulusan untuk menawarkan francais.
“Sertai francais Santan kami. Impian saya menjadikan jenama ini sebesar McDonald’s.
“Makanan dan produknya terbaik. Sangat berbangga,” katanya, hari ini.
Orang ramai boleh berkunjung ke beberapa buah restoran Santan yang dibuka sekitar Lembah Kelang untuk menikmati juadah sama seperti dalam pesawat.
Restoran Santan boleh dikunjungi di pusat beli belah Mid Valley, Sunway Pyramid dan Seksyen 15, Shah Alam.
Sumber: ProjekM
Artikel penuh: https://www.projekmm.com/news/berita/2020/08/26/pembukaan-francais-santan-tony-idam-jadi-sehebat-mcdonalds/1897344