Utusan Malaysia – 7 Mei 2016
KUALA LUMPUR 7 Mei – Nilai pelaburan yang disasarkan untuk Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa (FIM 2016) mampu mencecah sehingga RM400 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sasaran itu boleh dicapai memandangkan pihak francais yang menyertai pameran kali ini menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
“Kita yakin industri francais di negara ini mampu meningkatkan ekonomi domestik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengunjungi FIM 2016 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
URL : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sasaran-fim-2016-rm400-juta-1.319526