METRO – 13 February 2016
Georgetown: Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi SME BizFest 2016 yakin pameran tahunan itu mampu melonjak peluang perniagaan lebih meluas, selain mewujudkan jaringan rangkaian.
Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) TM Imri Mokhtar berkata, syarikat itu akan terus berperanan sebagai pusat sehenti kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan penyelesaian perniagaan inovatif dan berkesan.
“Dengan adanya platfom ini, SME BizFest 2016 mampu menjadi perhubung strategik lebih optimis kepada golongan usahawan PKS untuk berkongsi pengetahuan dan tip perniagaan, selain merebut peluang perniagaan baru termasuk jaringan rakan niaga,” katanya pada majlis SME BizFEst 2016 buat kali keenam di sini, semalam.
Imri berkata, pihaknya menjangkakan pameran SME BizFest 2016 yang diadakan di enam lokasi seluruh negara bermula di Pulau Pinang dapat membantu dan memberi kesedaran kepada usahawan PKS untuk lebih berinovasi serta memperkasakan perniagaan masing-masing.
SME BizFest 2016 yang bermula 12 April di Pulau Pinang sehingga 31 Mei ini akan berlangsung di beberapa lokasi termasuk Meru, Ipoh, Perak; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah; Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur dijangka menarik lebih 6,000 pengunjung.
IMRI