Industri francais Malaysia berada pada tahap membanggakan

Kuala Lumpur, 5 November 2020, Industri francais di Malaysia berkembang pada tahap membanggakan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, termasuk mencatat peningkatan dari segi nilai jualan syarikat terbabit. Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsuzaman Sulaiman, berkata industri itu juga terbukti memberikan sumbangan yang sangat…

Belanjawan 2021: RM25 juta bangun program francais mikro

Kuala Lumpur, 6 November 2020, Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik serta Beli Barangan Buatan Malaysia. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan juga meluluskan RM150 juta bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100,000 usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital…

Belanjawan 2021 tunjuk keprihatinan kerajaan bantu kurang kos sara hidup – Nanta

Putrajaya, 7 November 2020, Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat apabila masih mengekalkan beberapa program subsidi utama yang mendukung daya tahan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata antaranya Program Penstabilan Harga Minyak Masak…

Belanjawan 2021 suntik semangat baharu ekonomi domestik

Kuala Lumpur, 7 November 2020, Belanjawan 2021 dapat menyuntik semangat baharu semua pihak dalam rantaian ekonomi domestik terutama 32 juta pengguna di negara ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata belanjawan yang dibentangkan semalam, memperlihatkan keprihatinan kerajaan membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat apabila masih…