Salam Hormat Daripada Persatuan Francais Malaysia!
YBhg.Tan Sri /Datuk /Dato’Seri /Dato’ /Datin /Tuan /Puan,
Merujuk perkara di atas, kami ingin memanjangkan peringatan daripada Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung (BPFJL) mengenai kewajipan syarikat francais untuk menghantar Laporan Tahunan Perniagaan Francais (LTPF), selaras dengan seksyen 16 Akta Francais 1998 menetapkan supaya pemberi francais hendaklah, dalam tempoh enam (6) bulan dari penghujung setiap tahun kewangan perniagaan francais, mengemukakan laporan kepada Pendaftar.
Di samping itu, turut dinyatakan bahawa ketidakpatuhan terhadap ketetapan tersebut merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan seksyen 16(4) Akta Francais 1998.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dimohon untuk menghantar LTPF bagi tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya jika belum dihantar. Pihak YBhg.Tan Sri /Datuk /Dato’Seri /Dato’ /Datin /Tuan/Puan, diberi tempoh sehingga 31 Oktober 2020 untuk membuat penghantaran. Bersama-sama ini, dilampirkan borang dan dokumen untuk rujukan.
Laporan tersebut hendaklah dikemukakan melalui serahan tangan ke alamat berikut:
KSU KPDNHEP
Franchise and Direct Selling Development Division
Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs
Aras 1, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
(Attn: En. Mohd Farid bin Yahya)
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai berikut:
- Cik Salehah Md Saad / salehah@kpdnhep.gov.my
- Cik Nur Syazwin Preshahdin / nursyazwin@kpdnhep.gov.my
- Cik Norasiah Zakaria / norasiah@kpdnhep.gov.my
- Puan Siti Nur Izatie Ab. Razak / nurizatie@kpdnhep.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBhg.Tan Sri /Datuk /Dato’Seri /Dato’ /Datin /Tuan /Puan, dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.