Kempen Beli Barangan Malaysia, Jualan Malaysia rancakkan ekonomi
Putrajaya, 19 Jun, Kempen Beli Barangan Malaysia dan Kempen Jualan Malaysia yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat dijangka berupaya membantu merancakkan ekonomi negara selepas terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya sedang melakukan persediaan akhir untuk melancarkan kedua-dua program tersebut yang merupakan perancangan…