12 Feb 2020,
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya menerusi pengenalan konsep terbaharu, At-Tawarruq di kesemua 203 cawangan tetap Ar-Rahnu Yapeim termasuk sembilan perkhidmatan kaunter bergerak Yapeim (PKBY) bermula 7 Februari lalu.
Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, pihaknya melalui Ar-Rahnu Yapeim adalah peneraju dalam perkhidmatan Ar-Rahnu sejak 1993.
Katanya, penawaran perkhidmatan Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam itu adalah berasaskan konsep syariah yang bertujuan menambah baik dari masa ke masa dan terkini konsep At-Tawarruq diperkenalkan.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/69717/BISNES/Yapeim-perkenal-At-Tawarruq