Ipoh, 18 Jan 2020,
Pengurus Container Kebab Damian Foo bergambar di hadapan premis kebab yang berkonsepkan kontena outdoor di Fairpark baru-baru ini. Warga Perak khususnya di bandaraya Ipoh kini berpeluang menikmati Kebab Turki Baba Rafi yang cukup terkenal di Indonesia dengan lebih 1,300 outlet di sembilan negara termasuk Malaysia. Menariknya rangkaian francais kebab terbesar di dunia, Baba Rafi Enterprise (Baba Rafi) itu menggunakan konsep kontena ‘outdoor’ di Jalan Kamaruddin Isa Fairpark iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1807572