FIM 2017: MFA sasar nilai transaksi RM370 juta

“Buat masa ini, kira-kira 60 peratus ruang pameran telah ditempah melibatkan jenama francais terkenal tempatan se­perti Manhattan Fish Market, Teh Tarik Place dan Smart Reader Kids serta penglibatan jenama antarabangsa dari enam buah negara iaitu Kanada, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat (AS), China dan Thailand.” – Utusan Online

MFA Sasar Transaksi Bernilai RM370 Juta Pada FIM 2017

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan nilai transaksi sebanyak RM370 juta pada Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Naib Pengerusinya Izham Hakimi Hamdi berkata kira-kira seramai 10,000 orang dijangka akan menghadiri acara itu yang diadakan selama tiga hari bermula 12…