Berita harian – 10 Mei 2016
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua dari kanan) ketika membuat tinjauan mesra ke Pameran Francais Antarabangsa Malaysia di PWTC. – Foto Muhd Asyraf Sawal
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan kira-kira 10,000 produk tempatan di jual di pasar raya besar seluruh negara menjelang tahun 2020.
Menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata setakat ini kira-kira 5,000 produk tempatan dijual dan bersaing dengan produk import di pasar raya besar seperti Giant serta Tesco.
Katanya, situasi berkenaan meninggalkan impak negatif terhadap perkembangan ekonomi usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), selain gagal membantu masyarakat membuat pilihan harga lebih murah.
“Penyertaan produk tempatan dalam pasar raya besar akan mewujudkan persaingan dari segi kualiti dan peluang perniagaan lebih besar.
“KPDNKK yakin produk tempatan mampu bersaing dengan produk import dengan pertambahan sekurang-kurangnya 30 peratus jualan menjelang tahun 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di Giant Setapak, di sini, hari ini.
Hamzah berkata, pihaknya menyediakan ruang bagi usahawan PKS bekerjasama dan berbincang secara terus, sejajar usaha memasarkan produk mereka.
URL : http://www.bharian.com.my/node/151932