Kuala Lumpur,
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemain industri francais tempatan supaya berkolaborasi untuk mempromosikan jenama masing-masing ke peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sudah tiba masanya kesemua pemainindustri bersama dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara sekali gus mengetepikanpersaingan.
“Saya yakin sekiranya kita bersama menggembleng tenaga untuk promosi jenama tempatan ke peringkat antarabangsa maka lebih banyak produk datang dari Malaysia lebih dikenali di luar negara.
“Kita seharusnya meletakkan segala usaha atas nama negara dan melupakan segala perbezaan kaum danagama,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais AntarabangsaMalaysia (FIM) 2023 a), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub danPengerusi FIM Datuk Radzali Hassan.
Ahmad Zahid berkata kerajaan juga komited mempromosi pelbagai jenama tempatan di peringkatantarabangsa bukan sahaja untuk produk makanan dan minuman malah merangkumi pelbagai produkseperti farmaseutikal, perkhidmatan dan perbankan.
“Bukan sahaja melalui pameran besar namun sudah tentunya apabila Perdana Menteri Datuk Seri AnwarIbrahim juga akan membawa jenama Malaysia ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata bagi mencari penyelesaian tuntas untuk industri francais dapatmembawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa, satu pelan jangka panjang yang lebihkomprehensif akan dirangka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Ini sudah pasti memerlukan satu libat urus dan satu perancangan pelan tindakan yang lebih terperincidan insya-Allah saya rasa dalam tahun ini kita akan adakan lebih banyak sesi libat urus (untuk merangkapelan jangka panjang itu),” katanya ketika ditemui pemberita. –
Bernama
Sumber: The Sun Daily
Artikel Penuh: https://www.thesundaily.my/cerita/zahid-pemain-industri-francais-diseru-berkolaborasi-promosi-produk-tempatan-BB10991176