BERNAMA – 6 Jun 2016
JAKARTA, 3 Jun (Bernama) — Strategi kerajaan membantu industri francais Malaysia ternyata membuahkan hasil apabila sektor itu terus berkembang pesat di luar negara biarpun berdepan kelembapan ekonomi dunia ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin antara usaha itu termasuk memberi bantuan penajaan menyertai ekspo global bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Menurutnya, ini penting kerana industri francais turut membawa imej Malaysia menerusi penjualan produk tempatan selain menyumbang pendapatan kepada negara.
— BERNAMA
URL : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1252358