27 January 2015 – The Ant Daily / Focus Malaysia
LUMPUR: Perniagaan francais adalah sebuah bidang yang banyak turun naik. Walaupun bidang francais sering dianggap digunapakai dalam industri perkhidmatan seperti makanan dan minuman atau pemilik dobi, model perniagaan ini adalah lebih sekadar itu.
Di Malaysia, perniagaan francais sudah agak maju ke tahap di mana kita bukan sahaja mengimport francais asing, tetapi juga mengeksport jenama-jenama tempatan. Sebagai contoh, Smart Reader, Secret Recipe, Marrybrown dan Old Town telah memasuki ke pasaran luar negara, dari Timur Tengah ke China.
Tidak hairanlah, jenama-jenama tempatan digalakkan untuk mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh jenama-jenama ini untuk mengembangkan sayap mereka, tetapi ia bukan suatu proses yang mudah dan pakar-pakar bersetuju bahawa pengembangan agresif perlu ditangani secara berhati-hati.
Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Mohd Latip Sarrugi berkata yang usahawan mesti mengetahui apa yang mereka akan ceburi, di sebalik tarikan pasaran asing.
“Sebelum anda melantik pemegang francais induk anda untuk rantau itu, anda mesti bersedia menjalankan latihan dan memberi SOP (prosedur operasi standard) kepada pemegang francais anda. Tanya diri anda, adakah anda sedang melakukan secukupnya untuk menyokong francaisi anda di luar negara?”
Penasihat francais utama Smart Franchise Partner Sdn Bhd, Saharudin Sahad berkata bahawa francaisor kebiasaannya akan berada bersama pemegang francais induk mereka di pasaran baru selama kira-kira dua minggu, untuk memberikan pengetahuan mengenai SOP jenama itu.
Namun, sokongan daripada pemberi francais tidak tamat selepas tempoh dua minggu itu. Sekiranya terdapat apa-apa cabaran yang dihadapi oleh pemegang francais, francaisor harus mampu menanganinya apabila ia timbul.
“Ramai orang menganggap yang francais membuat keuntungan dengan menjual makanan francais dan mendapat royalti. Cara berfikir ini salah kerana hubungannya adalah lebih mendalam. Usahawan perlu memikirkan bagaimana untuk membuat lebih banyak keuntaungan melalui rakan kongsi francais mereka, dan bukannya daripada rakan kongsi masing-masing,” katanya.
Saharudin bertegas dalam menasihatkan pemilik-pemilik perniagaan untuk menstabilkan operasi dalam negara mereka sebelum merancang untuk keluar negara. Operasi tempatan yang berfungsi dan stabil mewujudkan nilai kepada perniagaan itu, dan juga membina keyakinan di kalangan pemegang-pemegang francais. Beliau menambah yang operasi francais adalah berbeza daripada menjalankan perniagaan. Usahawan perlu sedar bahawa pasaran global adalah berbeza daripada pasaran dalam negeri.
Terdapat sentimen di kalangan peniaga-peniaga runcit untuk membuka sebanyak kedai yang mungkin untuk membanjiri pasaran dengan barangan dan perkhidmatan mereka. Ini mungkin berkesan pada masa lalu, tetapi perniagaan-perniagaan hari ini berhati-hati dengan amalan tersebut dan sedang menguncupkannya bagi mengurangkan potensi kerugian.
“Kami telah melihat jenama-jenama yang mana francaisnya tidak begitu berjaya di luar negara. Kebanyakannya bergerak terlalu cepat dengan membuka terlalu banyak kedai, dan bergantung kepada rakan kongsi yang bukan merupakan pihak yang paling sesuai bagi jenama itu,” kata Latip.
Di sebalik kesulitan ini, tambah beliau, persatuan itu menggalakkan lebih banyak jenama-jenama tempatan untuk meneroka ke luar negara. Malah, terdapat beberapa jenama tempatan tidak begitu dikenali yang berjaya di luar negara. “Beberapa ahli kami sudah bersedia untuk berkembang ke luar negara dan ada juga mereka yang tidak begitu berjaya di Malaysia, tetapi berjaya di luar negara.”
Bagi membaca cerita sepenuhnya, sila layari www.focusmalaysia.my, yang turut menyasarkan lain-lain perniagaan Malaysia. – See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Usaha-francais-langkaui-sempadan-negara#sthash.dKEOlikp.dpuf