Industri francais negara telah berkembang maju sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan jumlah peningkatan peratusan yang menyumbang kepada KDNK Negara iaitu sebanyak RM26.5 billion pada tahun 2014. Bagi memantapkan lagi industri ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakar Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012 – 2016 yang merangkumi tiga fasa. Fasa pertama merangkumi pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan, fasa kedua iaitu mewujudkan industri francais dalam negeri yang dinamik dan teguh serta fasa ketiga iaitu Malaysia sebagai pusat francais. Selaras dengan misi “Franchise Malaysia Goes Global”, KPDNKK kini sedang giat menganjurkan Misi Perdagangan ke beberapa buah Negara di Asia serta Timur Tengah dan Asia Timur. Terbaru, KPDNKK berserta agensi-agensi di bawahnya dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah menyertai Misi Perdagangan ke Turki demi merealisasikan fasa ketiga serta mempelajari pasaran francais Turki. Dengan adanya usahamurni sebegini, kita dapat melaksanakan strategi industri francais di Turki yang maju ke hadapan seterusnya dapat menembusi pasaran antarabangsa Eropah.
Penyertaan KPDNKK bersama 12 francaisor dalam Misi Perdagangan di Turki menerusi Be My Dealer—Franchising & Brand Dealership Trade Fair anjuran Persatuan Francais Turki (UFRAD) yang bermula pada 11 Oktober sehingga 20 Oktober 2015 adalah merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mencapai Fasa Ketiga dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional tersebut. Fasa Ketiga tersebut menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi hub francais di Asia menjelang tahun 2020 dan usaha padu kea rah mencapai matlamat tersebut kini sedang dijalankan. Melalui pameran yang dirasmikan oleh Menteri KPDNKK, YB Dato’ Hamzah Zainudin ini, unjuran positif dapat dilihat dengan penyertaan francaisor tempatan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung pameran tersebut. Beberapa prospek berpotensi mendaftar dengan francaisor tempatan ini untuk meluaskan pasarannya di Turki sekaligus membuka ruang francaisor tempatan ini menguasai pasaran serantau. MFA dan UFRAD merupakan rakan sejawat sebagai Ahli World Franchise Council (WFC) dan hubungan baik ini telah terbina sejak sekian lama. Bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dia pihak, satu Memorandum of Understanding (MOU) antara MFA dan UFRAD telah dilaksanakan bersempena dengan penyertaan ini yang mana telah disaksikan oleh YB Menteri KPDNKK. Dengan adanya MOU ini diharapkan dapat membantu francaisor-francaisor dalam meluaskan pasaran Perniagaan di Negara Dua Benua tersebut. Selain itu, bagi mendalami pasaran Turki secara lebih terperinci, delegasi Malaysia turut mengadakan lawatan oulet ke Haci Sayid yang beroperasi lebih dari seratus tahun dan seterusnya menjadikan jenama ini sebagai salah satu jenama yang menguasai pasaran F&B di Turki. Kesemua usaha ini dilakukan demi mencari alternatif sedia ada di Turki agar industri francais di Negara kita boleh mengikut jejak langkah mereka yang maju dalam industri francais.
Dengan penyertaan delegasi Malaysia ke Turki ini, ia dapat dilihat bahawa pasaran francais di sana dikuasai oleh pasaran F&B dengan 46 % diikuti dengan pasaran produk sebanyak 28% serta pasaran perkhidmatan sebanyak 26%. Simit Sarayi, Altinbas dan Gulluoglu merupakan antara jenama-jenama yang mempunyai sistem francais yang terbaik di Turki dan menjadi jenama utama yang dieksport ke luar negara. Jenama tempatan Turki juga mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan daripada jenama luar Negara dengan nilai sebanyak 64%. Dengan sokongan penduduk Turki sendiri yang gemarkan jenama tempatan ini, ia membantu jenama tempatan Turki menembusi pasaran antarabangsa yang kini sudah bertapak di beberapa buah Negara di Eropah, Afrika dan juga Amerika Syarikat. Trend perniagaan francais di Turki juga berubah mengikut zaman dan permintaan kepada bidang pendidikan dan perkhidmatan lebih mendapat sambutan. Ini diakui semasa penyertaan francaisor-francaisor Malaysia di Pameran Be My Dealer—Franchising & Brand Dealership Trade Fair, booth untuk Pendidikan dan Perkhidmatan lebih mendapat sambutan dan terdapat beberapa Penggiat industri francais di Turki optimis bahawa mereka boleh pergi lebih jauh terutamanya menembusi pasaran antarabangsa kerana percaya mempunyai kebolehan dan kapasiti tersebut dari segi ekonomi serta kepakaran yang ada. Seterusnya, hasil dari tinjauan keTurki ini, di dapati Turki mampu maju kehadapan adalah di atas faktor geologi iaitu terletak di antara laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, atau lebih dikenali sebagai ‘laluan sutera’. ‘Laluan Sutera’ ini yang menjadi pemangkin kegiatan pertukaran kebudayaan dan teknologi yang menghubungkan para pedagang ini memberi kelebihan kepada Turki dan seterusnya menjadikan Turki sebagai hab Perdagangan dengan Negara-negara besar di rantau dunia. Justeru itu, ini sekaligus membantu Turki dalam memperluaskan jenama mereka ke pasaran yang lebih meluas.
Malaysia yang merupakan negara membangun seharusnya memerlukan industri francais yang mantap kerana ia dapat meningkatkan KDNK negara serta juga membantu para francaisor tempatan mengembangkan perniagaan keperingkat antarabangsa. Seperti yang dilihat di Turki, pelbagai kaedah dan strategi diusahakan oleh mereka demi mencapai kemajuan dalam industri francais. Melalui keanggotaan MFA dan UFRAD dalam World Franchise Council (WFC), kedua-dua pihak dapat berkongsi mengenai pandangan dan maklumat mengenai industry Francais di kedua-dua Negara melalui Mesyuarat WFC yang diadakan sebayak 2 kali setahun. UFRAD yang juga merupakan Ahli kepada European Franchise Federation (EFF) dan melaksanakan Code of Ethic sepenuhnya oleh EFF, ianya akan dapat membantu dan memudahkan produk Malaysia untuk mengintai pasaran di Negara-negara Eropah. Tinjauan delegasi yang berkunjung ke Turki juga mendapati bahawa strategi pemasaran Turki boleh diperolehi menggunakan sumber sedia ada di sana. Sebagai contoh pelajar Malaysia yang berada di Negara tersebut boleh memulakan Perniagaan menggunakan sistem dan kaedah Turki agar boleh mengembangkannya kepada francaisor tempatan di Malaysia. Pelbagai langkah dan cara bagi bertukar strategi dan maklumat pasaran francais antara kedua negara boleh dilakukan dan ini boleh membantu Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.
Be My Dealer—Franchising & Brand Dealership Trade Fair merupakan langkah permulaan yang baik oleh kerajaan Malaysia mencapai fasa ketiga Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012 – 2016. Pelbagai informasi francais yang amat berguna dan kritikal diperolehi hasil dari misi perdagangan ini seterusnya meningkatkan hubungan dua hala dalam membangunkan industri francais antara kedua-dua negara. Tahun ini merupakan kali pertama Malaysia menerokai pasaran Turki dan MFA percaya program seumpama ini mampu dilakukan di masa akan datang dalam memastikan lebih banyak jenama Francais dapat dikembangkan dan bertapak di luar Negara.
Penulis: Najib Danial, Malaysian Franchise Association (MFA)