KOTA BHARU, 6 JANUARI 2022,
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengumumkan pelantikan Hishamuddin Hussein, 59, sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKE) Kumpulan (Hal Ehwal Korporat).
Beliau menggantikan Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman yang bersara wajib mulai 4 Disember lepas.
Hishamuddin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Wyoming Amerika Syarikat pada 1992.
Beliau memulakan perkhidmatannya di PKINK pada 16 Oktober 1985 sebagai Pengatur Program Komputer. Kemudian dilantik sebagai pegawai tadbir bermula 1 November 1994.
Menurut kenyataan PKINK, Hishamuddin berpengalaman memimpin bahagian-bahagian di PKINK termasuk pernah mengurus beberapa anak syarikat agensi itu antaranya, Kelrest Holding Sdn Bhd, Perdana Resort Sdn Bhd dan Prokel Management Sdn Bhd.
“Pelantikannya berdasarkan prestasi serta pengalaman luas di Kumpulan PKINK, di samping pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki membolehkan bersama memajukan Kumpulan PKINK,” katanya di sini.
Sehubungan itu PKINK merakam ucapan tahniah kepada Hishamuddin di atas pelantikan tersebut dan diharap dapat meneruskan legasi PKINK menjadi penggerak pembangunan ekonomi Kelantan.
SUMBER: HARAKAHDAILY
ARTIKEL PENUH: https://harakahdaily.net/index.php/2022/01/06/tke-baru-pacu-legasi-pkink-bangun-ekonomi-kelantan/