NEW DELHI: Syarikat-syarikat Malaysia sedang mengenal pasti rakan kongsi francais di India bagi merebut potensi pertumbuhan keusahawanan di negara itu.
Pameran francais India yang bermula pada Sabtu, mengetengahkan beberapa jenama terkemuka di Malaysia, termasuk The Manhattan Fish Market, Marrybrown, MuzArt, Celmonze, Saudagar Kurma dan Global Art.
Tiga agensi – Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Persatuan Francais Malaysia – juga mengambil bahagian di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Ekspo Francais India 2019 di Pragati Maidan di New Delhi, yang berlangsung selama dua hari.
Sektor utama yang diwakili pada pameran itu termasuk makanan dan minuman, runcit, pendidikan, gaya hidup, fesyen, dan kesihatan dan kesejahteraan.
Sumber: Free Malaysia Today
Artikel Penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/11/syarikat-malaysia-mahu-ceburi-sektor-francais-india/