30 Okt 2019,
SEBAGAI usaha membantu pihak kurang berkemampuan, rangkaian kedai elektronik terkemuka, Senheng Electric Sdn Bhd (Senheng) mengambil inisiatif menaja seramai 17 pelajar terpilih melalui pemberian biasiswa Senheng Education Assistance Programme (SEA).
Program SEA yang diilhamkan sejak Februari tahun ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Senheng yang menawarkan biasiswa berjumlah sehingga RM400,000 kepada pelajar yang menuntut di peringkat ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda.
Setiap penerima biasiswa ini akan mendapat bantuan berjumlah RM20,000 setiap seorang dan pelajar terpilih terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, sains komputer, ekonomi, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT), logistik, pemasaran, komunikasi massa/media, psikologi dan lain-lain lagi.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54651/BISNES/Senheng-taja-17-pelajar-lanjut-pengajian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf