19 Januari 2024,
Operator toko sejaras barangan elektronik terbesar Malaysia, Senheng, dilapor akan hentikan pembukaan outlet fizikal bermula 2026. Ia bagi membolehkan fokus diberikan kepada pengoperasian dalam talian sebagai salah satu penjajaran semula strategi untuk beradaptasi dengan perubahan arus perdana.
Sebagai permulaan, mereka mensasarkan untuk mempertingkan perolehan secara dalam talian kepada 15% untuk tahun 2024 berbanding 6% hingga 7% yang dicatatkan sebelum ini.
Langkah ini adalah sebagai gerak balas terhadap prestasi kewangan yang tidak memberangkan sejak keblakangan ini. Contohnya, dalam tahun 2023 sehingga bulan September, keuntungan mereka dicatat menurun 54.7%.
Bahagian yang bakal ditambah baik adalah menggilap platofrm jualan dalam talian mereka seperti portal laman web dan juga aplikasi mudah alih.
Selain itu, pelbagai lagi strategi bakal digarap bagi mempermudah pengguna membeli barangan elektronik daripada mereka seperti kemudahan penghantaran dalam tempoh 24 jam selepas pembelian ataupun kutipan pembelian di outlet terdekat.
Walaupun berpindah ke landskap dalam talian bagi mengembangkan perniagaan, arena digital mempunyai cabarannya yang tersendiri. Senheng perlu berdepan dengan platform e-dagang lain yang meletup-letup seperti Lazada, Shopee, dan TIkTok.
Sumber: Soya Cincau
Artikel Penuh: https://bm.soyacincau.com/2024/01/19/senheng-henti-buka-kedai-fizikal-bermula-2026-strategi-baharu-mula-digerakkan/