Kuala Lumpur, 16 April 2021,
Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Q Bistro menganjurkan program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” dimana 1000 bungkus bubur lambuk sehari akan diagihkan secara percuma sepanjang bulan Ramadan ini.
Program ini akan diadakan di Q Bistro Cheras dan di khaskan kepada kesemua warga Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan kawasan sekitarnya.
Selain itu, Q Bistro juga akan mengagihkan pek barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 100 keluarga asnaf di Bandar Sri Permaisuri. Antara barangan sumbangan yang diberikan adalah beras, gula, minyak masak, tepung dan bahan-bahan asas yang lain. Sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh Q Bistro.
Pengarah Urusan Q-Bistro, En. Riyasutin B Mohamed Dulkif berkata, tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu initiatif Q-Bistro bagi menghulur sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan memberi ruang kepada kakitangan Q Bistro untuk membantu penduduk setempat.
“Program kemasyarakatan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.
Q Bistro merupakan satu-satunya jenama francais Malaysia berkonsepkan restoran Nasi kandar moden yang mempunyai pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia menawarkan peluang perniagaan francais, yang mana ianya dapat menggalakan lebih ramai menceburi francais Q-Bistro dan seterusnya bergelar Bistropreneur. Terdapat pelbagai jenis konsep Francais yang ditawarkan termasuk Q Bistro Express & Q Bistro Casual.
Selain itu, Q Bistro turut mengetengahkan konsep restoren yang moden dengan reka bentuk santai selain memastikan susun atur dalaman yang bersih dan luas demi keselesaan pelanggan.
Majlis perasmian program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar selaku Timbalan Menteri Luar Negeri dan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada 15hb April 2021 di restoren Q-Bistro Cheras.
Q Bistro diterajui oleh En Riyasutin B Mohamed Dulkif selaku pengarah urusan bersama En Haja Najmuddin sebagai ketua pegawai kewangan.
Sumber: BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/v2/bm/press/news.php?id=1952812