Kuala Lumpur, 11 February 2019
Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bercadang untuk lebih agresif pada tahun ini di bawah pelan lima tahunnya dengan berhasrat untuk menjenamakan semula dirinya dalam perniagaan francais.
Pelan tindakan itu akan menekankan terutamanya berkaitan kewangan, menjadi pelabur atau pemegang ekuiti dan membawa masuk lebih banyak perniagaan francais ke dalam Malaysia.
Dengan peruntukan sebanyak RM110 juta pada tahun ini, PNS berhasrat membawa masuk sekurang-kurangnya lima francaisor induk ke Malaysia sebagai sebahagian daripada sasarannya menjana RM35 bilion sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2020. Ini akan meningkatkan sumbangannya kepada KDNK negara dari 3.4 peratus atau RM27.7 bilion pada 2017.
Ketua Pegawai Operasi PNS, Azlina Juliani Abd Jalil, berkata pihaknya telah menyerahkan pelan tindakan lima tahun itu kepada Jabatan Perdana Menteri.
“Bermula dari tahun ini dan seterusnya, kami merancang untuk melaksanakan strategi baharu dan memposisikan semula diri bagi berkembang selaras dengan pertumbuhan industri sambil kekal memberi tumpuan mempercepatkan perniagaan francais.
Sumber: Berita Harian
Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/02/529456/pns-mahu-bawa-masuk-lima-francaisor-induk-menjelang-2020