OBJEKTIF PROGRAM
- Mendedahkan para mahasiswa tentang konsep perniagaan francais merangkumi sejarah, perkembangan dan peluang perniagaan francais di Malaysia.
- Menyemai dan melahirkan minat, nilai serta budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar di Malaysia.
- Membentuk kumpulan pelajar yang berpengetahuan serta berkemahiran dengan konsep perniagaan francais yang diperlukan oleh majikan-majikan francais.
- Menyediakan bakal usahawan francais daripada kalangan mahasiswa yang berupaya menjana idea perniagaan yang lebih kompetitif dan berdaya maju.