Putrajaya, 14 Oktober 2021,
Kerajaan sudah memperuntukkan sejumlah RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk terus melaksanakan Program Pembangunan Francais Dipertingkatkan (EFDP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, EFDP akan memberi latihan kepada usahawan francais tempatan untuk mereka melengkapkan diri dengan amalan serta pengurusan francais antarabangsa, padanan perniagaan serta misi perdagangan selain pembayaran balik kos eksport.
Pada masa sama kata beliau, usaha yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milikbakal membuahkan hasil menjelang akhir tahun ini, apabila usahawan francais akan memulakan perniagaan masing-masing.
”Kerjasama semua pihak sama ada kerajaan mahu pun swasta dalam tempoh lima tahun mendatang diperlukan bagi menghidupkansemula momentum industri francais negara yang terjejas akibat pandemik.
“Kerajaan kekal komited dalam menyokong perkembangan industri francais melalui pelbagai inisiatif bawah KPNDHEP,” katanya ketikamelancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2021 (FIM2021) ke-28 yang dibuat secara maya, pagi ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan PengerusiPersatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan.
Perdana Menteri berkata berkata, industri francais negara mencatatkan nilai jualan sebanyak RM13.3 bilion pada 2019, iaitupeningkatan sebanyak 19.1 peratus berbanding RM11.16 bilion tahun sebelumnya.
Pada 2019, kata Ismail Sabri, industri francais Malaysia juga menyumbang kepada lebih 80,000 peluang pekerjaan dengan anggaransumbangan gaji sebanyak RM1.4 bilion manakala kira-kira RM5.2 bilion jumlah jualan direkodkan pada akhir tahun kewangan 2020.
“Kerajaan positif jumlah akhir nilai jualan pada tahun ini mencecah RM13 bilion, berdasarkan kepada kekuatan industri ini biarpunnegara berdepan dengan pandemik COVID-19,” katanya.
Menurut Perdana Menteri lagi, Malaysia sentiasa menyesuaikan diri dengan dasar menyokong francais serta mengalu-alukan francisorantarabangsa untuk mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, selari dengan sasaran negara untuk menjadikan Malaysiasebagai hab francais untuk ASEAN.
“Kerajaan yakin bahawa pertumbuhan sihat perniagaan francais akan membantu memakmurkan dan memberi manfaat kepada negara,usahawan, pengguna, bank, perkhidmatan sokongan serta keseluruhan masyarakat Malaysia.
“Dalam kerangka dasar itu, sudah ada program yang menyasarkan kepada usahawan muda untuk mendapat peluang sama rata kepadasumber. Ini boleh dicapai melalui geran yang ditawarkan oleh Kerajaan melalui Program Pembangunan Francais Mikro dan FrancaisMampu Milik.
“Melalui program ini, pemilik perniagaan baharu ditawarkan geran padanan, manakala geran penuh diberikan kepada pemilik francaisuntuk berkembang bagi lebih banyak peluang perniagaan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi melaluiRancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam mencapai sasaran Keluarga Malaysia iaitu Sebuah Malaysia yang Makmur, Inklusif danMampan.
Justeru, beliau mengalu-alukan komuniti francais antarabangsa untuk menjadikan negara ini sebagai hab kemudahan pusat masing-masing di rantau Asia Tenggara selain memulakan perniagaan mereka ke negara Asia Timur.
Sumber: Dagangnews
Artikel Penuh: https://www.dagangnews.com/peruntukan-rm10-juta-laksanakan-program-pembangunan-francais-efdp-9773