Kuala Lumpur, 16 April 2018,
Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2018 (FIM 2018) memasuki siri ke 25 dan buat pertam kalinya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20-22 April 2018. Lebih 100 jenama terkemuka tempatan dan antarabangsa akan menyertai pameran pada kali ini, antaranya Marrybrown, The Manhattan Fish Market, Harta Maintenance, Chill Chill, dan banyak lagi. Selain daripada itu, lebih 20 syarikat francais antarabangsa daripada 11 negara seperti Cafe Cafe Globa (Kanada), Mariwhale 237 (Korea Selatan), Casual Dining Group (United Kingdom), Mail boxes etc (Aerika Syarikat) dan banyak lagi, akan turut meninjau peluang mencari bakal francaisi serta francaisi induk di Malaysia serta rantau ASEAN. Selain pameran, Persidangan Francais Antarabangsa juga adalah antara agenda utama sempena FIM 2018 pada kali ini. Seramai 9 pembentang berpengalaman daripada jenama francais terkemuka tempatan serta antarabangsa akan turut berkongsi pengalaman mereka di pentas utama FIM 2018.
Para peserta akan didedahkan dengan topik-topik terkini berkaitan industri francais, trend serta peluang pasaran francais dan kaedah mengembangkan perniagaan melalui format perniagaan francais. Selain daripada aktiviti pameran dan persidangan antarabangsa FIM 2018 yang berkonsepkan karnival francais pada kali ini akan turut mengadakan aktiviti seperti Sesi Pemadanan Francais, In-Buying Mission, Consult Session serta Celebrity talks.
Rebut peluang ini untuk bertemu sendiri dengan para penggiat francais tempatan dan antarabangsa, mendalami kaedah mengembangkan rangkaian perniagaan anda me;a;ui sistem perniagaan francais dan mencari peluang perniagaan francais yang anda idamkan. untuk maklumat lanjut, layari www.mfa.org.my/fim2018
Sumber : Berita Harian