1. Geran ini ditawarkan kepada francaisor bagi tujuan penyediaan bilangan pakej permulaan perniagaan francais mikro dan francais mampu milik. Pembiayaan geran ini adalah meliputi RM20,000.00 bagi kajian pasaran francais mikro dan francais mampu milik serta jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000.00 bagi membangunkan prototaip pakej.
  2. Syarat-syarat permohonan:
    • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Terbuka kepada francaisor yang menjalankan perniagaan francais dan berdaftar dengan KPDNHEP.
    • Francaisor wajib mempunyai satu (1) francaisi dalam tempoh 1 tahun.
    • Pemohon tidak diisytiharkan sebagai muflis.
    • Mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan yang sah (SSM).
    • Terlibat secara langsung dalam perniagaan francais.
    • Keutamaan kepada syarikat 51% ekuiti rakyat Malaysia.
  3. Kuantum Pembiayaan & Tempoh Pelaksanaan Projek:
    • Kuantum maksimum (per pemohon) adalah sebanyak RM 120,000.00.
    • Tempoh maksimum pelaksanaan projek selama 12 bulan.
    • Skop pembiayaan meliputi kajian kebolehlaksanaan dan / atau pelaksanaan prototaip.
  4. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Ogos 2021