1. Geran ini bertujuan bagi mengurangkan kos permulaan perniagaan francais yang perlu ditanggung oleh usahawan B40 dan M40 di mana kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga nisbah 90:10 kepada francaisi yang berpotensi.  
  2. Syarat-syarat permohonan:
    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Terbuka kepada *golongan B40 dan M40 yang berkeluarga atau bujang serta terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara langsung dan sepenuh masa.

*Golongan B40 dan M40 adalah kumpulan berpendapatan isi rumah berdasarkan definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020.

  • Pengusaha atau peniaga kecil mesti mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 10% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan francais.
  • Keutamaan kepada pemohon yang telah mempunyai surat niat/ tawaran/ persetujuan daripada francaisor bagi pakej mikro/ mampu milik yang dimohon.

3. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Ogos 2021