Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan manfaat daripada Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik akan memberikan impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di samping membuka peluang penjanaan pendapatan kepada golongan sasar, maka KPDNHEP telah menggariskan definisi serta penawaran pakej perniagaan seperti berikut:

  • Francais Mikro – penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM 50 ribu ke bawah kepada golongan B40 dan M40 yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.
  • Francais Mampu Milik – penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM100 ribu ke bawah kepada golongan yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.