{"id":9286,"date":"2020-11-27T10:31:49","date_gmt":"2020-11-27T02:31:49","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=9286"},"modified":"2020-11-27T10:31:49","modified_gmt":"2020-11-27T02:31:49","slug":"dewan-rakyat-pinjaman-sehingga-rm50000-galak-golongan-muda-sertai-industri-francais","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/11\/27\/dewan-rakyat-pinjaman-sehingga-rm50000-galak-golongan-muda-sertai-industri-francais\/","title":{"rendered":"Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000, galak golongan muda sertai industri francais"},"content":{"rendered":"<div class=\"article-text\"><strong>Kuala Lumpur, 23 Nov 2020,<\/strong><\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu meningkatkan penyertaan golongan muda dalam industri francais di Malaysia.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, melalui skim ini, golongan itu berpeluang menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan perniagaan secara francais mikro dan mampu milik yang ditawarkan.<\/div>\n<div class=\"css-9on23b\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">&#8220;KPDNHEP berpendapat, masih terdapat banyak lagi peluang untuk mengembangkan industri tersebut bukan sahaja di Sarawak bahkan di seluruh negara,&#8221; katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai usaha kerajaan untuk mempergiatkan lagi penglibatan usahawan muda dalam bidang francais.<\/div>\n<div class=\"article-text\">Dalam pada itu menjawab soalan tambahan Robert mengenai inisiatif Belanjawan 2021 dalam membantu industri francais, Alexander memberitahu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pengembangan industri itu.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Menurutnya, inisiatif itu adalah bagi memanfaatkan golongan B40 dan M40.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">&#8220;Jadi selaras dengan konsep francais untuk semua, kita melihat pembangunan francais perlu dilihat secara komprehensif dan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40,&#8221; katanya.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Beliau turut menjelaskan, ia bukan sahaja tertumpu di Sarawak sebaliknya di seluruh negara.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Ekoran itu katanya, KPDNHEP sedang berusaha mendapatkan konsensus bersama beberapa institusi pembiayaan dan Persatuan Francais Malaysia dalam mencapai matlamat itu.<\/div>\n<div class=\"article-text\">&#8220;Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa jenama syarikat francais agar terlibat dalam bidang ini dan membangunkan idea francais mikro dan mampu milik ini,&#8221; tambahnya.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Beliau turut memberitahu, KPDNHEP akan mewar-warkan pelaksanaan inisiatif itu setelah prosedur tatacara pelaksana tersebut dimuktamadkan.<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\"><a href=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/19.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-9287\" src=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/19-300x168.png\" alt=\"19\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a><\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Sumber: Astro Awani<\/div>\n<div class=\"article-text\"><\/div>\n<div class=\"article-text\">Artikel Penuh:\u00a0https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/dewan-rakyat-pinjaman-sehingga-rm50000-galak-golongan-muda-sertai-industri-francais-nanta-269711<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 23 Nov 2020, Kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu meningkatkan penyertaan golongan muda dalam industri francais di Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, melalui skim ini, golongan itu berpeluang menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan perniagaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":9289,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9286"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9286"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9286\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9289"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}