{"id":9048,"date":"2020-09-14T10:39:39","date_gmt":"2020-09-14T02:39:39","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=9048"},"modified":"2020-09-14T10:39:39","modified_gmt":"2020-09-14T02:39:39","slug":"kpdnhep-giat-promosi-perniagaan-francais-mikro-bagi-b40-m40","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/09\/14\/kpdnhep-giat-promosi-perniagaan-francais-mikro-bagi-b40-m40\/","title":{"rendered":"KPDNHEP giat promosi perniagaan francais mikro bagi B40, M40"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>Kuala Lumpur, 11 Sep 2020,<\/p>\n<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang giat\u00a0mempromosikan perniagaan francais berbentuk mikro yang relevan\u00a0kepada golongan B40 dan M40.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha KPDNHEP\u00a0Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata perbincangan telah diadakan bersama beberapa pemain industri yang berpotensi untuk menawarkan pakej francais mampu milik yang bernilai RM100,000\u00a0ke bawah dan francais mikro bernilai RM50,000\u00a0ke bawah.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan B40 dan M40 di samping menjana\u00a0 pulangan keuntungan kepada francaisor,\u201d katanya\u00a0ketika berucap pada program Pameran Francais Berskala Kecil (Franchise Bay) 2020 bagi\u00a0Zon Tengah di pusat membeli belah MyTown\u00a0di sini, hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata sehingga kini, 11 jenama francais menawarkan pakej mikro dan mampu milik antaranya\u00a0 Arjuna Village, Ani Sup Utara, Taska Bonda Mama, KopieSatu, V-Agromart,\u00a0MD Putu Bambu World dan Q-dees.<\/p>\n<p>Tambahnya, KPDNHEP mempunyai rakan strategik yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan francais\u00a0iaitu Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) dan Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) oleh Perbadanan Nasional, serta Skim Pembiayaan Francais (SPF) oleh Credit Guarantee Corporation (CGC).<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terdapat francaisor yang berminat untuk menyertai dan terlibat dengan usaha sama ini, bolehlah mengadakan perbincangan bersama pihak kementerian. Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pemain industri tetapi ini adalah satu langkah bagi menghadapi proses pemulihan dalam pusingan ekonomi yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,\u201d\u00a0 katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>Dalam pada itu,\u00a0Hasnol Zam Zam berkata pihaknya\u00a0menyasarkan 30 potensi francaisi dengan nilai pelaburan RM7.5 juta pada program\u00a0Franchise Bay\u00a02020 bagi\u00a0Zon Tengah yang diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.<\/p>\n<p>Katanya, sebanyak 12 tapak<em>\u00a0<\/em>disediakan secara percuma kepada francaisor yang terlibat untuk memasarkan\u00a0sistem perniagaan francais mereka kepada orang ramai.<\/p>\n<p>Tambahnya, penganjuran program berkenaan juga sebagai\u00a0platform kepada para francaisor mempromosikan perniagaan francais mereka dan bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara susulan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>Terdapat 646 jenama francais berdaftar di Malaysia dengan 583 adalah jenama tempatan seperti, Manhattan Fish Market, Marrybrown, Tealive, Coolblog, Genius Aulad, Old Town White Coffee dan Teh Tarik Place.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/18.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-9049\" src=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/18-300x194.png\" alt=\"18\" width=\"300\" height=\"194\" srcset=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/18-300x194.png 300w, https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/18-768x497.png 768w, https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/18.png 829w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sumber: Bernama<\/p>\n<p>Artikel penuh:\u00a0https:\/\/www.bernama.com\/bm\/news.php?id=1878831<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 11 Sep 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang giat\u00a0mempromosikan perniagaan francais berbentuk mikro yang relevan\u00a0kepada golongan B40 dan M40. Ketua Setiausaha KPDNHEP\u00a0Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata perbincangan telah diadakan bersama beberapa pemain industri yang berpotensi untuk menawarkan pakej francais mampu milik yang bernilai RM100,000\u00a0ke bawah dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":9050,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9048"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9048"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9048\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9050"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}