{"id":9000,"date":"2020-09-04T14:51:14","date_gmt":"2020-09-04T06:51:14","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=9000"},"modified":"2020-09-04T14:51:14","modified_gmt":"2020-09-04T06:51:14","slug":"francais-kpdnhep-cadang-wujudkan-usahawan-mikro-pakej-mampu-milik-dalam-rmke-12","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/09\/04\/francais-kpdnhep-cadang-wujudkan-usahawan-mikro-pakej-mampu-milik-dalam-rmke-12\/","title":{"rendered":"Francais : KPDNHEP cadang wujudkan usahawan mikro, pakej mampu milik dalam RMKE-12"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR, 3 Sept &#8212;\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan modal permulaan perniagaan francais kepada hanya RM50,000 berbanding lazimnya minimum RM100,000\u00a0bagi mempermudah usahawan\u00a0mikro terutamanya\u00a0menceburi sektor itu.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausahanya,\u00a0Dr Alauddin Sidal berkata kementerian juga bercadang melaksanakan pakej francais mampu milik bernilai RM100,000 ke bawah khususnya dalam bidang makanan dan minuman (F&amp;B).<\/p>\n<p>Menurutnya, ini merupakan antara fokus KPDNHEP\u00a0dalam merangka hala tuju industri francais dalam\u00a0Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pada 2021-2025 yang bertujuan\u00a0merancakkan lagi pertumbuhan industri francais negara serta menggandakan nilai jualan sektor berkenaan menjelang 2025.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<div class=\"mx-auto mb-4\"><\/div>\n<p>\u201cPelan hala tuju ini bersifat mesra perniagaan dan memudahkan pemegang taruh francais dari segi birokrasi.<\/p>\n<p>&#8220;Ia turut menjadi\u00a0usaha memulihkan industri francais yang terjejas ekoran pandemik COVID-19,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Maya Antarabangsa Malaysia 2020 (Virtual FIM2020) dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Francais Malaysia (MFA) ke-25 di sini, hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>Mengulas selanjutnya,\u00a0Alauddin juga yakin sektor francais mampu mencapai sasaran nilai jualan sebanyak RM24 billion menjelang 2025 yang\u00a0telah ditetapkan KPDNHEP.<\/p>\n<p>Pada 2019, nilai jualan francais meningkat 18 peratus kepada RM13 billion, berbanding RM11 billion pada tahun 2018.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0model perniagaan francais juga dilihat sebagai perniagaan yang lebih berdaya tahan berbanding lain kerana mampu menghadapi krisis ekonomi akibat COVID-19 ini, katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-sm-12 col-md-12 col-lg-12 mt-4 px-sm-0 px-md-5 px-lg-15 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSehingga kini, kita juga tidak menerima sebarang permohonan daripada francaisi dan francaisor untuk menghentikan atau menutup perniagaan masing-masing. Malah kedua-dua pihak saling bekerjasama yang mana francaisor membantu dari segi memberi pengecualian bayaran royalti, yuran francais dan mengurangkan kos operasi francaisi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Setakat ini, sebanyak 646 perniagaan francais berdaftar dengan Pendaftar Francais yang merangkumi\u00a0583 jenama tempatan manakala 63 mewakili\u00a0jenama\u00a0asing.<\/p>\n<p>Pada 2019,\u00a0\u00a0sebanyak 292 pendaftaran perniagaan itu telah diluluskan berbanding 40 pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Virtual FIM2020 pada\u00a015-21 Okt, 2020, menyasarkan pelaburan francais berjumlah RM450 juta selain lebih 30,000 pengunjung termasuk pelawat antarabangsa.<\/p>\n<p>Pengerusi MFA Datuk Dr Radzali\u00a0Hassan berkata penganjuran FIM kali ke-27 yang bermula 10 pagi hingga 4 petang itu turut\u00a0menghimpunkan jenama dari negara termasuk Australia, Belanda, Taiwan, Indonesia, Itali, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Di peringkat tempatan, jenama francais yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah The Manhattan Fish Market, Marrybrown, Tealive, Oldtown White Coffee dan LaundryBar.<\/p>\n<p>Menurutnya, peserta pameran juga dapat berkomunikasi secara terus dengan pempamer menerusi kemudahan\u00a0ruangan sembang, siaran web dan webinar.<\/p>\n<p>Acara FIM 2019\u00a0berjaya mencatat transaksi potensi urus niaga francais bernilai RM452 juta meliputi 74 jenama francais\u00a0iaitu peningkatan sebanyak 9.0 peratus berbanding RM410 juta pada 2018.<\/p>\n<p>\u201cKita sememangnya telah memulakan usaha digital\u00a0sejak 2018. Namun apabila COVID-19 melanda, kita melihat keperluan\u00a0menerapkan digitalisasi menjadi lebih ketara,&#8221;\u00a0katanya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/4.9-1.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-9001\" src=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/4.9-1-300x188.png\" alt=\"4.9 1\" width=\"300\" height=\"188\" srcset=\"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/4.9-1-300x188.png 300w, https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/4.9-1.png 554w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Sumber: BERNAMA<\/p>\n<p>Artikel Penuh:\u00a0https:\/\/www.bernama.com\/bm\/ekonomi\/news.php?id=1876097<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 3 Sept &#8212;\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan modal permulaan perniagaan francais kepada hanya RM50,000 berbanding lazimnya minimum RM100,000\u00a0bagi mempermudah usahawan\u00a0mikro terutamanya\u00a0menceburi sektor itu. Timbalan Ketua Setiausahanya,\u00a0Dr Alauddin Sidal berkata kementerian juga bercadang melaksanakan pakej francais mampu milik bernilai RM100,000 ke bawah khususnya dalam bidang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":9002,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9000"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9000"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9000\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9002"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}