{"id":8716,"date":"2020-06-24T15:14:06","date_gmt":"2020-06-24T07:14:06","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=8716"},"modified":"2020-06-24T15:14:06","modified_gmt":"2020-06-24T07:14:06","slug":"platform-digital-tingkat-pemasaran-myeongdong-topokki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/06\/24\/platform-digital-tingkat-pemasaran-myeongdong-topokki\/","title":{"rendered":"Platform digital tingkat pemasaran MyeongDong Topokki"},"content":{"rendered":"<p>Shah Alam, 11 Jun 2020,<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua menyifatkan pelancaran \u2018cloud kitchen\u2019 dan kit \u2018MDT Apron\u2019 pada Januari lalu dilihat berjaya mengekalkan jenama rangkaian Restoran Segera Kasual Korean Street Food dalam kalangan pelanggannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<\/p>\n<p>Menurutnya, perancangan untuk membuka \u2018cloud kitchen\u2019 telah dilakukan lebih awal apabila melihat kepada senario pandemik koronavirus (Covid-19) di beberapa negara luar khususnya di China pada penghujung Disember lalu.<\/p>\n<p>\u201cKita lihat kesannya telah menyebabkan beberapa negara terpaksa berdepan dengan \u2018lockdown\u2019 dan restoran-restoran juga ditutup dan kebanyakan pengusaha restoran menukar konsep asal mereka kepada \u2018delivery\u2019.<\/p>\n<p>\u201cMalah apabila mereka kembali beroperasi, pelanggan tidak ramai yang datang. Jadi kita ambil pendekatan membuka \u2018cloud kitchen\u2019 dan kit \u2018MDT Apron\u2019 untuk diadaptasi dengan normal baharu masyarakat sepanjang PKP,\u201d katanya selaku panelis pada program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut menjadi panelis pada program itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan Francais, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mazlan Ibrahim dan Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua (kanan) selaku panelis pada program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf hari ini.<br \/>\nMengulas lanjut, Vincent berkata, kit \u2018MDT Apron\u2019 yang diperkenal itu juga membolehkan pelanggan memasak sendiri di rumah sepanjang tempoh PKP sekali gus membantu memperkukuhkan jenama MyeongDong Topokk itu sendiri.<\/p>\n<p>Katanya, selain dua pendekatan yang diambil itu, pihaknya juga turut memperkasakan lagi pemasaran menerusi platform digital untuk membantu meningkatkan jualan di kesemua 40 outletnya yang berada di Lembah Klang, Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan antara inisiatif yang diambil untuk membantu francais kerana kami faham mereka juga tertekan dengan senario yang berlaku sepanjang PKP dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cBegitupun sebelum pelaksanaan PKP, kita telah memaklumkan kepada francais kami berhubung strategi-strategi syarikat untuk membantu mereka menerusi pemasaran digital termasuklah melalui perkhidmatan penghantaran.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh PKP ini juga kita berjaya menaikkan perkhidmatan penghantaran daripada 40 peratus kepada 95 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Vincent berkata, pendekatan yang dilakukan itu dilihat mampu membantu francais mengharungi tempoh sukar dan terus kekal beroperasi sehingga kini.<\/p>\n<p>\u201cPihak syarikat tidak boleh menurunkan kos operasi kerana perlu menanggung kos-kos lain termasuk overhead.<\/p>\n<p>\u201cJadi kami perlu menyesuaikan keadaan dengan segera daripada pelanggan makan di restoran kepada perkhidmatan penghantaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/11.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-8717\" src=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/11-300x201.png\" alt=\"1\" width=\"300\" height=\"201\" \/><\/a><\/p>\n<p>Sumber: Sinar Harian<\/p>\n<p>Artikel penuh:\u00a0<a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/87390\/BERITA\/Nasional\/Platform-digital-tingkat-pemasaran-MyeongDong-Topokki\">https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/87390\/BERITA\/Nasional\/Platform-digital-tingkat-pemasaran-MyeongDong-Topokki<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shah Alam, 11 Jun 2020, Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua menyifatkan pelancaran \u2018cloud kitchen\u2019 dan kit \u2018MDT Apron\u2019 pada Januari lalu dilihat berjaya mengekalkan jenama rangkaian Restoran Segera Kasual Korean Street Food dalam kalangan pelanggannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, perancangan untuk membuka \u2018cloud kitchen\u2019 telah dilakukan lebih awal apabila melihat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":8718,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8716"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8716"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8716\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8718"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8716"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8716"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8716"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}