{"id":8628,"date":"2020-06-12T09:00:40","date_gmt":"2020-06-12T01:00:40","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=8628"},"modified":"2020-06-12T09:00:40","modified_gmt":"2020-06-12T01:00:40","slug":"usahawan-francais-lebih-kreatif-sepanjang-pkp","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/06\/12\/usahawan-francais-lebih-kreatif-sepanjang-pkp\/","title":{"rendered":"Usahawan francais lebih kreatif sepanjang PKP"},"content":{"rendered":"<p>Shah Alam, 11 Jun 2020,<\/p>\n<p>Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad mengakui ramai golongan usahawan francais menjadi lebih kreatif untuk mempromosikan perniagaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<\/p>\n<p>Menurutnya, berdasarkan pemerhatian majoriti perniagaan mereka lebih baik berbanding sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cMungkin jika melihat kepada senario yang berlaku sepanjang PKP ini agak sukar untuk mengatakan perniagaan mereka boleh bertahan namun hakikatnya ada segelintir mereka berjaya meraih pulangan lumayan.<\/p>\n<p>\u201cMalah ada sesetengahnya, perniagaan mereka semakin meningkat dan terus berkembang dalam tempoh PKP,\u201d katanya yang memberi perkhidmatan kepada lebih 100 pelanggan francais tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut menjadi panelis pada program itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan Francais, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mazlan Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua.<\/p>\n<p>Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad ketika menjadi panelis program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.<br \/>\nMengulas lanjut Sahar turut berpendapat bahawa PKP juga telah menukar cara mereka mengendalikan perniagaan masing-masing daripada konvensional kepada dalam talian (online) dan pendigitalan.<\/p>\n<p>Katanya, selain itu mereka juga berjaya mewujudkan saluran-saluran pasaran baharu dan juga mengeluarkan produk-produk yang baharu ekoran tekanan dihadapi ketika PKP.<\/p>\n<p>\u201cMalah ada yang berjaya membuat jualan yang tinggi tanpa memerlukan outlet fizikal dengan memberikan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah yang banyak membantu usahawan francais ketikan pelaksanaan PKP ini.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh PKP ini juga wujud kerjasama dalam kalangan usahawan francais untuk membantu di antara satu sama lain bukan sahaja melibatkan perniagaan bahkan juga pekerja-pekerja mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/12.6-2.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-8629\" src=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/12.6-2-300x201.png\" alt=\"12.6 2\" width=\"300\" height=\"201\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sumber: Sinar Harian<\/p>\n<p>Artikel penuh:\u00a0<a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/87382\/BERITA\/Nasional\/Usahawan-francais-lebih-kreatif-sepanjang-PKP\">https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/87382\/BERITA\/Nasional\/Usahawan-francais-lebih-kreatif-sepanjang-PKP<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shah Alam, 11 Jun 2020, Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad mengakui ramai golongan usahawan francais menjadi lebih kreatif untuk mempromosikan perniagaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, berdasarkan pemerhatian majoriti perniagaan mereka lebih baik berbanding sebelumnya. \u201cMungkin jika melihat kepada senario yang berlaku sepanjang PKP ini agak sukar untuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":8630,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8628"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8628"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8628\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8628"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8628"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8628"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}