{"id":8262,"date":"2020-03-26T14:08:17","date_gmt":"2020-03-26T06:08:17","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=8262"},"modified":"2020-03-26T14:08:17","modified_gmt":"2020-03-26T06:08:17","slug":"covid-19-marrybrown-sumbang-makanan-baucar-untuk-petugas-barisan-hadapan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2020\/03\/26\/covid-19-marrybrown-sumbang-makanan-baucar-untuk-petugas-barisan-hadapan\/","title":{"rendered":"COVID-19: Marrybrown sumbang makanan, baucar untuk petugas barisan hadapan"},"content":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 24 Mac 2020,<\/p>\n<p>Restoran rangkaian makanan halal segera terbesar tempatan, Marrybrown tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan petugas barisan hadapan kekal sihat dan cergas semasa menangani penularan COVID-19.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Ekskutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew, berkata sepanjang tempoh mencabar ini, petugas barisan hadapan adalah wira bagi memastikan rakyat selamat di samping menjamin keharmonian dan keamanan.<\/p>\n<p>\u201cDalam kesibukan kerja, pegawai kesihatan mungkin tidak sedar untuk berehat dan mungkin juga tidak berpeluang untuk memesan makanan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, kami di Marrybrown memainkan peranan dalam menyokong wira-wira kami dalam melaksanakan usaha mereka dengan menghulurkan bantuan dari segi makanan dan juga baucar,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Marrybrown baru-baru telah menyumbang kepada lebih 1,000 kakitangan kesihatan di beberapa hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru; Hospital Bintulu, Sarawak; Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; Hospital Penang; Hospital Tuanku Bainun, Ipoh; Hospital Teluk Intan, Perak; Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; dan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.<\/p>\n<p>Sumbangan turut diberikan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Johor; sukarelawan Mercy Malaysia termasuk kakitangan perubatan dan ahli logistik yang memainkan peranan penting dalam pengawalan virus ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Liew berkata Marrybrown kini mengamalkan langkah berjaga-jaga dari setiap aspek dengan mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, memeriksa suhu badan, menggunakan sanitizer, dan tidak membenarkan pelanggan memasuki restoran untuk memastikan kesihatan semua pihak.<\/p>\n<p>Namun, katanya pelanggan boleh mendapatkan produk Marrybrown dengan perkhidmatan penghantaran yang selamat di setiap zon masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cPerkhidmatan penghantaran kami mempunyai kemudahan mesra pengguna serta tersedia di kebanyakan outlet Marrybrown di seluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati melalui pesanan dalam talian melalui Foodpanda dan Grabfood,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/03\/2.png\"><img class=\"alignnone size-medium wp-image-8263\" src=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2020\/03\/2-300x223.png\" alt=\"2\" width=\"300\" height=\"223\" \/><\/a><\/p>\n<p>Sumber: Berita Harian<\/p>\n<p>Artikel Penuh:\u00a0<a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/bisnes\/korporat\/2020\/03\/668861\/covid-19-marrybrown-sumbang-makanan-baucar-untuk-petugas-barisan?fbclid=IwAR3s8FM6sClNON70JPVRLN10Qaqzgrc5yR2ZEFrnpoH6krg0E6L_s3b4tro\">https:\/\/www.bharian.com.my\/bisnes\/korporat\/2020\/03\/668861\/covid-19-marrybrown-sumbang-makanan-baucar-untuk-petugas-barisan?fbclid=IwAR3s8FM6sClNON70JPVRLN10Qaqzgrc5yR2ZEFrnpoH6krg0E6L_s3b4tro<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 24 Mac 2020, Restoran rangkaian makanan halal segera terbesar tempatan, Marrybrown tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan petugas barisan hadapan kekal sihat dan cergas semasa menangani penularan COVID-19. Ketua Pegawai Ekskutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew, berkata sepanjang tempoh mencabar ini, petugas barisan hadapan adalah wira bagi memastikan rakyat selamat di samping menjamin keharmonian dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":8264,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8262"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8262"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8262\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8264"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}