{"id":5613,"date":"2017-08-03T13:14:47","date_gmt":"2017-08-03T05:14:47","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=5613"},"modified":"2017-08-03T13:14:47","modified_gmt":"2017-08-03T05:14:47","slug":"7-eleven-indonesia-tutup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2017\/08\/03\/7-eleven-indonesia-tutup\/","title":{"rendered":"7-Eleven Indonesia tutup"},"content":{"rendered":"<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\"><a href=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/7E.jpg\"><img class=\"wp-image-5614 size-full aligncenter\" src=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/7E.jpg\" alt=\"7E\" width=\"620\" height=\"372\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"lead\">JAKARTA 30 Jun \u2013 Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu ditutup mulai hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p class=\"BD Bodytext\">Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam kenyataannya kepada Bursa Efek Indonesia baru-baru ini.<\/p>\n<div class=\"iklan rectangular inarticle\">\n<div id=\"div-gpt-ad-1484136311719-4\">\n<div id=\"google_ads_iframe_\/30337491\/UO-REC4-InArticle_0__container__\">Media-media tempatan memetik Direktur PT Mo\u00addern Internasional, Chandra Wijaya, sebagai berkata, pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu adalah disebabkan masalah keterbatasan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p class=\"BD Bodytext\">PT Modern International sebelum ini dilaporkan te\u00adlah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Ele\u00adven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Ele\u00adven di Indonesia yang ha\u00adnya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven telah pun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis mengenai pemberhentian operasi.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Francais rangkaian 7-Ele\u00adven mula memasuki Indo\u00adnesia pada 2008 dan di\u00adkelolakan oleh PT Modern\u00adSevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Ele\u00adven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Sementara itu, Menteri Per\u00addagangan Indonesia En\u00adggartiasto Lukita me\u00adnyangkal dakwaan bahawa penutupan7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Katanya, penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Beliau berkata, pihak\u00adnya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu. \u2013 BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<p>Artikel Penuh:\u00a0<a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/7-eleven-indonesia-tutup-1.497767#ixzz4ofMXQOb2\">http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/7-eleven-indonesia-tutup-1.497767#ixzz4ofMXQOb2<\/a><br \/>\n\u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA 30 Jun \u2013 Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu ditutup mulai hari ini. Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam kenyataannya kepada Bursa Efek Indonesia baru-baru ini. Media-media tempatan memetik Direktur PT Mo\u00addern Internasional,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5614,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5613"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5613"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5613\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5614"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}