{"id":5392,"date":"2017-03-22T12:11:25","date_gmt":"2017-03-22T04:11:25","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=5392"},"modified":"2017-03-22T12:11:25","modified_gmt":"2017-03-22T04:11:25","slug":"uum-lancar-restoran-managers-coffee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2017\/03\/22\/uum-lancar-restoran-managers-coffee\/","title":{"rendered":"UUM lancar Restoran Manager\u2019s Coffee"},"content":{"rendered":"<div id=\"attachment_5393\" style=\"width: 630px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/image99889.jpg\"><img aria-describedby=\"caption-attachment-5393\" class=\"size-full wp-image-5393\" src=\"http:\/\/dclass.my\/masjid\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/image99889.jpg\" alt=\"SITI SADIAH SHEIKH BAKIR (tengah) bersama Mohamed Mustafa Ishak (lima dari kanan) dan Chef Wan (empat dari kiri) bergambar selepas merasmikan Restoran Managers Coffee sempena sambutan Hari Pengasasan UUM ke-33 di Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini. Utusan\/Safrizal Azmi \" width=\"620\" height=\"372\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-5393\" class=\"wp-caption-text\">SITI SADIAH SHEIKH BAKIR (tengah) bersama Mohamed Mustafa Ishak (lima dari kanan) dan Chef Wan (empat dari kiri) bergambar selepas merasmikan Restoran Managers Coffee sempena sambutan Hari Pengasasan UUM ke-33 di Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini. Utusan\/Safrizal Azmi<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\">KUBANG PASU 21 Mac &#8211; Universiti Utara Malaysia (UUM) mengorak langkah lagi ke hadapan dalam usahanya untuk menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan dengan melancarkan Restoran Manager\u2019s Coffee.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p class=\"BD Bodytext\">Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, restoran yang mula beroperasi tahun lalu itu bakal menjadi peneraju perniagaan kopi yang menawarkan kopi asli dan menu popular Malaysia pada harga berpatutan.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">\u201cManager\u2019s Coffee merupakan jenama baharu keluaran UUM yang mana jenama unik ini memilih kualiti kopi tersendiri untuk diketengahkan di dalam pasaran.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">\u201cSelain berpeluang menikmati kopi berkualiti, Restoran Ma\u00adnager\u2019s Coffee akan melengkapkan lagi kemudahan tempat makan sedia ada yang bukan sahaja untuk warga UUM tetapi pe\u00adngunjung serta tetamu universiti ini,\u201d katanya selepas Pelancaran Restoran Manager\u2019s Coffee di sini baru-baru ini.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Pelancaran restoran itu di\u00adsempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa\u2019diah Sheikh Bakir sempena sambutan Hari Pengasasan UUM ke-33.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Terdahulu berlangsung Majlis penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) UUM kepada Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Dalam majlis tersebut, Chef Wan turut menunjukkan demonstrasi masakan resepi istimewa iaitu \u2018Ayam Panggang Percik Chef Wan\u2019 yang akan menjadi &#8216;signature dish&#8217; Restoran Manager\u2019s Coffee.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">Mohamed Mustafa berkata, Manager\u2019s Coffee merupakan projek pembangunan usahawan pelajar di bawah Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dan merupakan program inkubator francais pelajar.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">\u201cDengan perasmian restoran ini, kita bergerak selangkah dalam bidang keusahawanan selain memberi peluang kepada UUM membina jenama yang kuat di dalam sektor francais.<\/p>\n<p class=\"BD Bodytext\">\u201cSecara tidak langsung, pelancaran restoran ini juga boleh menarik lebih ramai pelajar dalam dan luar negara bagi mengikuti program keusahawanan francais di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD),\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<p>Artikel Penuh: <a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/pendidikan\/kampus\/uum-lancar-restoran-manager-8217-s-coffee-1.460113#ixzz4c1aU438m\">http:\/\/www.utusan.com.my\/pendidikan\/kampus\/uum-lancar-restoran-manager-8217-s-coffee-1.460113#ixzz4c1aU438m<\/a><br \/>\n\u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KUBANG PASU 21 Mac &#8211; Universiti Utara Malaysia (UUM) mengorak langkah lagi ke hadapan dalam usahanya untuk menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan dengan melancarkan Restoran Manager\u2019s Coffee. Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, restoran yang mula beroperasi tahun lalu itu bakal menjadi peneraju perniagaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5393,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5392"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5392"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5392\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5393"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}