{"id":4858,"date":"2016-06-10T10:21:11","date_gmt":"2016-06-10T02:21:11","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=4858"},"modified":"2016-06-10T10:21:11","modified_gmt":"2016-06-10T02:21:11","slug":"program-bit-pns-lahir-946-usahawan-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2016\/06\/10\/program-bit-pns-lahir-946-usahawan-baharu\/","title":{"rendered":"Program BIT PNS lahir 946 usahawan baharu"},"content":{"rendered":"<p>UTUSAN ONLINE &#8211; 9 JUN 2016<\/p>\n<p><img src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/polopoly_fs\/1.340187.1465405302!\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_650\/image.jpg\" alt=\"Norazizah Jusoh menandatangani banting sempena pelancaran koleksi \" \/><\/p>\n<div class=\"image top\">\n<p>Norazizah Jusoh menandatangani banting sempena pelancaran koleksi Mylea Eksklusif Syawal 2016 sambil disaksikan oleh Shamsudin Amir di Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan\/NOOR AZLINA JAAFAR<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"dateLine\"><\/div>\n<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\">KUALA LUMPUR 8 Jun &#8211; Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berjaya melahirkan seramai 946 usahawan baharu melalui program Transformasi Perniagaan (BIT) sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2013 hingga Mei lalu.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p>Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, program itu juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang melalui pe\u00adluang perniagaan menjadi prafrancaisi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan positif itu menunjukkan bahawa ramai usahawan kecil yang mahu melihat perniagaan mereka dimajukan supaya dapat bersaing dengan perniagaan yang lebih maju.<\/p>\n<p>Katanya, melalui program BIT, PNS bertanggungjawab di dalam melaksana, mengendali dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan mengenai konsep perniagaan baharu seperti kedai bergerak, kios dan perniagaan dalam talian.<\/p>\n<p>\u201cUsahawan-usahawan BIT ini juga didedahkan dengan penyertaan di dalam program-program pameran sama ada anjuran kerajaan dan swasta bagi memberi pengalaman di dalam mempromosikan perniagaan mereka.<\/p>\n<p>\u201cTerbaharu, seramai sembilan orang usahawan BIT telah menyertai program Franchise International Malaysia (FIM 2016) termasuk Mylea. Ternyata, jenama Mylea ini mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung apabila mendapat potensi prafrancaisi dengan nilai transaksi perniagaan yang amat memberangsangkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran koleksi Mylea Eksklusif Syawal 2016 di sini baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Bahagian Operasi Perniagaan PNS, Shamsudin Amir.<\/p>\n<p>Yang turut hadir, Pengarah Urusan Mylea De Bayu Sdn. Bhd., Norazizah Jusoh dan Penasihat syarikat itu, Abdul Wahab Ismail.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Syed Kamarulzaman berkata, beliau percaya program BIT mampu membantu peniaga kecil menjalankan perniagaan dengan le\u00adbih kompetitif dan efisien.<\/p>\n<p>\u201cDengan adanya sistem dan struktur operasi yang kukuh dan sistematik, perkembangan perniagaan berskala kecil ini boleh dimajukan, sekali gus mampu mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang ramai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas beliau, PNS akan meneruskan program BIT kerana ya\u00adkin ia mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat untuk meningkatkan pendapatan kerana perniagaan BIT hanya memerlukan modal yang minimum.<\/p>\n<p>\u201cPNS yakin penglibatan dari ramai usahawan BIT melalui program ini mampu mengurangkan kos sara hidup masyarakat dan menyumbang kepada perkembangan sektor francais negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<p>&#8211; See more at: http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/program-bit-pns-lahir-946-usahawan-baharu-1.340188#sthash.5245XARG.dpuf<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UTUSAN ONLINE &#8211; 9 JUN 2016 Norazizah Jusoh menandatangani banting sempena pelancaran koleksi Mylea Eksklusif Syawal 2016 sambil disaksikan oleh Shamsudin Amir di Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan\/NOOR AZLINA JAAFAR KUALA LUMPUR 8 Jun &#8211; Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berjaya melahirkan seramai 946 usahawan baharu melalui program Transformasi Perniagaan (BIT) sejak ia mula diperkenalkan pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4859,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4858"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4858"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4858\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4859"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}