{"id":4797,"date":"2016-05-30T15:33:14","date_gmt":"2016-05-30T07:33:14","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=4797"},"modified":"2016-05-30T15:33:14","modified_gmt":"2016-05-30T07:33:14","slug":"mara-bantu-usahawan-tempatan-beri-tumpuan-kepada-penjenamaan-pembungkusan-produk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2016\/05\/30\/mara-bantu-usahawan-tempatan-beri-tumpuan-kepada-penjenamaan-pembungkusan-produk\/","title":{"rendered":"Mara bantu usahawan tempatan Beri tumpuan kepada penjenamaan, pembungkusan produk"},"content":{"rendered":"<p>Utusan Malaysia &#8211; 30 Mei 2016<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img class=\"\" title=\"Photo: primport (BUREAU), License: BUREAU\" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/polopoly_fs\/1.334975.1464280384%21\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_650\/image.jpg\" alt=\"ABU AZAM MD. YASSIN (kiri) diberi penerangan oleh Kamaruddin Awang \" width=\"360\" height=\"240\" \/><\/p>\n<div id=\"stcpDiv\"><em>ABU AZAM MD. YASSIN (kiri) diberi penerangan oleh Kamaruddin Awang (dua dari kiri) ketika melawat pameran Festival Mini Makanan Mara Pahang 2016 di Kuantan, kelmarin. Utusan\/AHMAD ZAKKI JILAN<\/em><\/div>\n<div><\/div>\n<div>\n<div id=\"stcpDiv\">\n<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\">KUANTAN 26 Mei &#8211; Penjenamaan dan pembungkusan produk menjadi antara elemen yang diberikan tumpuan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam usaha membantu usahawan tempatan meluaskan pasaran perniagaan mereka.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p>Pengarah Mara negeri, Kamaruddin Awang berkata, usaha tersebut secara tidak langsung dapat membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menembusi pasaran luar negara dan berupaya menghasilkan produk lebih berkualiti.<\/p>\n<p>\u201cSelain aspek tersebut, Mara juga sentiasa membuka peluang kepada usahawan IKS ini menjana pendapatan dan memulakan perniagaan menerusi kursus-kursus keusahawanan yang disediakan termasuk kemudahan pembiayaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas perasmian Festival Mini Makanan Mara Pahang 2016\u00a0yang disempurnakan\u00a0oleh Ahli\u00a0Majlis Mara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md. Yassin di pekarangan Arked Mara Jalan Gambut, di sini semalam.<\/p>\n<p>Festival julung kali anjuran Mara itu berlangsung selama tiga hari bermula\u00a0semalam\u00a0melibatkan seramai 34 peserta yang menjual dan mempamerkan produk masing-masing seperti ikan patin salai, sambal hitam, produk sejuk beku serta makanan tradisi Pahang.<\/p>\n<p>Berhubung festival berkenaan, Kamaruddin berkata, penganjurannya bertujuan membantu usahawan terutama yang mengeluarkan produk makanan mengenal pasti kelemahan dari segi pembungkusan dan penjenamaan.<\/p>\n<p>Tambahnya, festival itu turut memberi peluang kepada orang ramai memperoleh maklumat tentang industri makanan ter\u00adutama produk makanan halal.<\/p>\n<p>\u201cKita sentiasa\u00a0berusaha\u00a0membantu usahawan ini dengan mendorong mereka\u00a0untuk merebut peluang dalam pasaran kerana ramai usahawan\u00a0 mempunyai produk menarik tetapi sukar menembusi pasaran lebih luas.<\/p>\n<p>\u201cUmpamanya di negeri ini, pelbagai produk menarik terdapat di daerah-daerah seperti sambal hitam, ikan patin tempoyak dan buah strawberi yang tiada di tempat lain yang boleh dijenamakan untuk dibawa ke pasaran luar sekali gus mempromosikan produk tempatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, seorang peserta, <strong>Mohd. Farid Syed Mohamed<\/strong>, 35,\u00a0berkata, penganjuran festival berkenaan dapat membantunya mengkomersialkan\u00a0makanan tradisi Johor iaitu pepes ayam dan otak-otak kempas yang dihasilkannya.<\/p>\n<p>\u201cProgram seperti ini memberi peluang kepada usahawan kecil mempromosikan produk masing-masing dan berharap ia dapat diteruskan dari semasa ke semasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi <strong>Nurul Hidayat Mohd. Kassim<\/strong>, 30, usaha yang dilakukan Mara dalam membantu usahawan mengetengahkan produk amat dihargai terutama kepada mereka yang tinggal jauh dari bandar.<\/p>\n<p>\u201cSyukur kerana menerusi bimbingan Mara, perniagaan francais penkek pisang yang saya usahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Saya berharap dapat me\u00adluaskan produk ini pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>URL : <a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/berita\/wilayah\/pahang\/mara-bantu-usahawan-tempatan-1.334976\">http:\/\/www.utusan.com.my\/berita\/wilayah\/pahang\/mara-bantu-usahawan-tempatan-1.334976<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Utusan Malaysia &#8211; 30 Mei 2016 &nbsp; &nbsp; ABU AZAM MD. YASSIN (kiri) diberi penerangan oleh Kamaruddin Awang (dua dari kiri) ketika melawat pameran Festival Mini Makanan Mara Pahang 2016 di Kuantan, kelmarin. Utusan\/AHMAD ZAKKI JILAN KUANTAN 26 Mei &#8211; Penjenamaan dan pembungkusan produk menjadi antara elemen yang diberikan tumpuan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4801,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4797"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4797"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4797\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4801"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}