{"id":4379,"date":"2016-03-29T09:41:15","date_gmt":"2016-03-29T01:41:15","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=4379"},"modified":"2016-03-29T09:41:15","modified_gmt":"2016-03-29T01:41:15","slug":"dari-kedai-emas-kini-pengusaha-batu-permata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2016\/03\/29\/dari-kedai-emas-kini-pengusaha-batu-permata\/","title":{"rendered":"Dari kedai emas, kini pengusaha batu permata"},"content":{"rendered":"<p>SINAR ONLINE &#8211; 29 MARCH 2016<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img src=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/polopoly_fs\/1.502720.1459141433!\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_624\/image.jpg\" alt=\"Dari kedai emas, kini pengusaha batu permata\" \/><\/p>\n<p><em>Antara koleksi batu permata yang dijual di Krafdunia<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KRAFDUNIA adalah kedai milik syarikat Krafdunia Design yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam menawarkan pelbagai pilihan batu-batu permata dan kristal.<\/p>\n<p>Daripada cincin, gelang, subang, loket sehingga kepada pelbagai jenis hiasan atau kraf yang diperbuat daripada batu-batu permata yang berwarna-warni.<\/p>\n<p>Selain itu, dapat dilihat juga koleksi kristal yang terletak teratur, kemas dan cantik dalam rak-rak yang disediakan.<\/p>\n<p>Ketika bertemu dengan pemilik kedai itu, Naharuddin Mohd Zain tidak lokek ilmu berhubung batu-batu permata dan kristal.<\/p>\n<p>Naharuddin mengakui dia banyak mempelajari tentang baru-batu permata dan kristal ini menerusi pembacaan. Dia juga mempunyai banyak koleksi buku-buku berkaitan batu-batu permata.<\/p>\n<p>Melihat kesungguhannya di dalam mengusahakan perniagaan batu permata itu, tidak terfikir bahawa dia pernah berhadapan dengan pelbagai cabaran perniagaan sebelum ini.<\/p>\n<p>Bercerita tentang pengalaman dunia perniagaannya, Naharuddin berkata, sebelum berkecimpung di dalam dunia perniagaan, dia merupakan seorang pengurus cawangan sebuah syarikat insurans.<\/p>\n<p>Selepas melihat potensi perniagaan yang cerah di dalam perniagaan emas pada 1995, dia mengambil peluang itu untuk membuka sebuah kedai emas terkemuka negara di Klang, Selangor.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika itu perniagaan kedai emas sedang rancak. Oleh itu, saya mengambil ruang ini untuk membuka francais kedai emas itu,&#8221; katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Perniagaan kedai emas itu berjalan dengan baik, sehinggalah pada 1998 Naharuddin terpaksa menutup kedainya berikutan terkesan dengan kegawatan ekonomi ketika itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kegawatan ketika itu menyebabkan kami tidak mampu bertahan, jualan tidak ada dan kami terpaksa menanggung rugi yang tinggi sehingga kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan itu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Akibat kekecewaan itu, Naharuddin nekad untuk tidak membuka kedai emas lagi.<\/p>\n<p><strong>Berniaga pasar malam<\/strong><\/p>\n<p>Untuk membayar hutang yang banyak dan menambah pendapatan keluarga, Naharuddin terpaksa berniaga pasar malam pada 1999.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berniaga karakter karton seperti Pokemon ketika itu untuk menambah pendapatan keluarga.<\/p>\n<p>&#8220;Ia berterusan selama hampir tiga tahun,&#8221; katanya ketika bercerita tentang pengalaman berhadapan dengan jatuh bangun dunia perniagaan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Naharuddin terus bangun dengan mencari tapak-tapak untuk menjual pelbagai jenis produk antaranya produk kesihatan di Giant dan Tesco.<\/p>\n<p>Atas usahanya itu, Naharuddin berjaya membuka beberapa tapak di beberapa pasar raya itu.<\/p>\n<p>Namun, perniagaannya tidak kekal mana apabila dia berhadapan dengan kegagalan pengurusan tapak-tapak berkenaan.<\/p>\n<p>Tidak mudah berputus asa adalah kunci kepada kejayaan Naharuddin, dia tetap berusaha untuk berniaga dengan membuka kedai kecil di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2001.<\/p>\n<p>&#8220;Saya menjual pelbagai barangan antaranya tudung, barang cenderahati dan alat tulis.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, kedai itu tidak lama kerana terpaksa ditutup. Saya kembali berniaga ke pasar-pasar malam pada 2003,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Naharuddin turut membuat permohonan untuk mendapatkan kedai di Kompleks PKNS Shah Alam.<\/p>\n<p>Selepas dua tahun menunggu, akhirnya permohonan Naharuddin berjaya pada 2006.<\/p>\n<p><strong>Miliki kedai tanpa barang<\/strong><\/p>\n<p>Naharuddin sangat gembira memiliki kedai tersebut. Namun, dia tidak pernah terfikir untuk menjual produk apa ketika itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kedai saya kosong. Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membawa barang-barang daripada rumah ke kedai.<\/p>\n<p>&#8220;Barang-barang itu adalah cenderahati saya beli ketika berkunjung ke luar negara ketika bekerja dahulu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada mulanya, Naharuddin membawa barangan itu supaya kedainya tidak nampak kosong. Namun, ada pelanggan yang datang turut membeli barang-barang berkenaan.<\/p>\n<p>Lantaran itu, Naharuddin terdetik untuk menjual produk-produk kraf.<\/p>\n<p>Berlatarkan kepada pengalaman menguruskan kedai emas itu, Naharuddin nekad untuk menghasilkan kraf batu-batu permata dan kristal pada 2007.<\/p>\n<p>&#8220;Pada awalnya saya bermula dengan menjual cincin-cincin batu permata dan loket dari China.<\/p>\n<p>&#8220;Kemudian saya menghasilkan rekaan cincin lelaki dan perempuan daripada batu permata,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, dia menerima permintaan pelanggan yang sangat menggalakkan.<\/p>\n<p>Bermula dari situ, Naharuddin mencari tukang-tukang batu permata untuk mereka bentuk produk-produk batu permatanya mengikut kehendak pelanggan.<\/p>\n<p><strong>Fokus industri perkahwinan<\/strong><\/p>\n<p>Krafdunia mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan khususnya untuk perkahwinan seperti cincin nikah, tunang dan sebagainya.<\/p>\n<p>Naharuddin berkata, keistimewaan Krafdunia adalah kerana reka bentuk produk mengikut kehendak pelanggan.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, ia akan menjadi produk yang kami hasilkan adalah unik dan lain daripada yang lain.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada segi harga pula, produk kami 50 peratus jauh lebih murah berbanding harga pasaran,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, kesemua matu permata yang terdapat di kedainya datang dari seluruh dunia antaranya Thailand, Myanmar, Sri Lanka, India dan Brazil.<\/p>\n<p>Katanya, ada juga batu-batu permata yang dibelinya sendiri di luar negara dan ada juga yang diperoleh menerusi pameran dan ekspo serta pembekal dalam negara.<\/p>\n<p>Naharuddin turut meyakinkan bahawa batu permata yang diperoleh di kedainya adalah 100 peratus asli.<\/p>\n<p>Manakala, batu-batu kristal pula diperoleh di dalam negara seperti Pahang dan Kedah.<\/p>\n<p>Setakat ini, Krafdunia menjual pelbagai bentuk batu permata dan kristal seperti cincin, gelang, loket dan gelang.<\/p>\n<p>Selain itu, terdapat juga aksesori lain yang diperbuat daripada batu-batu permata.<\/p>\n<p><strong>Terkesan ekonomi semasa<\/strong><\/p>\n<p>Naharuddin berkata, dia mengambil masa selama hampir tiga tahun untuk memperkenalkan nama kedainya dan mengukuhkan perniagaan.<\/p>\n<p>Selama sembilan tahun berniaga di Kompleks PKNS, Naharuddin mengakui 2015 dan 2016 merupakan tahun yang sangat mencabar.<\/p>\n<p>&#8220;Kegawatan ekonomi sekarang hampir menyamai pada 1998. Namun, kami masih boleh bertahan kerana beban hutang tidak tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika memulakan perniagaan saya hanya menggunakan modal RM10,000 dan kebanyakan barang-barang dibeli secara tunai,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Krafdunia masih mendapat pengunjung tetapi tempahan sedikit berkurangan kerana pelanggan telah mula mengawal perbelanjaan.<\/p>\n<p>Katanya, bagi mengukuhkan perniagaannya itu, Krafdunia telah menambah produk-produk sampingan lain seperti produk kesihatan, pakaian dan cenderahati.<\/p>\n<p>Naharuddin berkata, pihaknya juga aktif di laman sosial bagi mempromosikan kedai dan produk sampingan lain.<\/p>\n<p>&#8220;Kami juga menjual produk itu secara online bagi menambah pendapatan sampingan berikutan keadaan ekonomi semasa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>URL :\u00a0<a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/bisnes\/dari-kedai-emas-kini-pengusaha-batu-permata-1.502719\">http:\/\/www.sinarharian.com.my\/bisnes\/dari-kedai-emas-kini-pengusaha-batu-permata-1.502719<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SINAR ONLINE &#8211; 29 MARCH 2016 &nbsp; Antara koleksi batu permata yang dijual di Krafdunia &nbsp; KRAFDUNIA adalah kedai milik syarikat Krafdunia Design yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam menawarkan pelbagai pilihan batu-batu permata dan kristal. Daripada cincin, gelang, subang, loket sehingga kepada pelbagai jenis hiasan atau kraf yang diperbuat daripada batu-batu permata yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4382,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[31],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4379"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4379"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4379\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}