{"id":4024,"date":"2016-02-02T14:56:00","date_gmt":"2016-02-02T06:56:00","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=4024"},"modified":"2016-02-02T14:56:00","modified_gmt":"2016-02-02T06:56:00","slug":"rmanagement-semakin-mengorak-langkah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2016\/02\/02\/rmanagement-semakin-mengorak-langkah\/","title":{"rendered":"RManagement semakin mengorak langkah"},"content":{"rendered":"<p>Sinar Harian &#8211; 1 Februari 2016<\/p>\n<p><img src=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/polopoly_fs\/1.480309.1454305684!\/image\/image.jpeg_gen\/derivatives\/landscape_624\/image.jpeg\" alt=\"RManagement semakin mengorak langkah\" \/><\/p>\n<p>Mokhrazinim optimis RManagement akan menghasilkan prestasi baik pada tahun ini<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>RAKYAT<\/strong> Management Service (RManagement) mengorak langkah untuk bersaing dengan syarikat perdagangan emas lain di negara ini.<\/p>\n<p>Diperkenalkan pada 1975, merupakan\u00a0 anak syarikat bank koperasi berasaskan Islam, Bank Rakyat.<\/p>\n<p>Pengurus Besar RManagement, Dr Mokhrazinim Mokthar berkata, RManagement ditubuhkan adalah untuk menceburi bidang perniagaan logam terutamanya emas.<\/p>\n<p>\u201cBagi merealisasikan misi tersebut, Bank Rakyat melakukan pelbagai strategi dan menubuhkan Ar-Rahnu X\u2019Change,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ar-Rahnu X\u2019Change adalah pusat pajakan emas patuh syariah yang berlandaskan Islam.<\/p>\n<p>Alternatif bagi pinjaman wang<\/p>\n<p>Turut menjadi alternatif pinjaman wang selain melakukan pinjaman dengan syarikat perbankan.<\/p>\n<p>\u201cSebelum memberikan pinjaman, bank akan meneliti latar belakang mereka. Jika mendapati individu tersebut mempunyai pinjaman yang banyak sebelum ini, pihak bank mungkin tidak memberi pinjaman kepada individu itu.<\/p>\n<p>\u201cNamun, hal ini berbeza dengan Ar-Rahnu X\u2019Change. Jika ada pihak ingin meminjam wang daripada kami, kami akan memberikan pinjaman wang serta-merta dengan syarat, mereka perlu mencagarkan emas kepada kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kebiasaannya, jika meminjam wang daripada bank, mereka perlu membayar bunga serta faedah daripada pinjaman berkenaan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Ar-Rahnu X\u2019Change tidak akan mengenakan sebarang faedah.<\/p>\n<p>\u201cMereka hanya perlu membayar upah simpan barang emas yang dipajak dan kadar upah simpan adalah sangat berpatutan.<\/p>\n<p>\u201cIa berdasarkan nilai barang gadaian (nilai marhun),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ar-Rahnu X\u2019Change akan memberikan pinjaman wang sebanyak 65 peratus daripada nilai emas yang dipajak.<\/p>\n<p>\u201cMisalnya, jika nilai emas peminjam adalah dianggarkan bernilai RM1,000, kami akan memberikan pinjaman sebanyak RM650 kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cTempoh pinjaman kami agak singkat. Peminjam perlu membuat bayaran dalam tempoh enam bulan selepas diberikan pinjaman,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jika tempoh bayaran balik telah tamat, Mokhrazinim berkata, pihaknya akan menghubungi peminjam tersebut untuk mengingatkan mereka supaya melangsaikan pinjaman secepat mungkin.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya mereka gagal melangsaikan pinjaman itu, kami akan mengambil barang kemas yang dicagarkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Buka peluang badan koperasi<\/p>\n<p>Hanya RManagement yang menguruskan Ar-Rahnu X\u2019Change. Tetapi, pihak pengurusan Bank Rakyat berhasrat untuk menjadi sebagai syarikat francais pada 2006.<\/p>\n<p>Setakat ini, hanya syarikat koperasi sahaja dibenarkan membuka pusat pajakan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBank Rakyat memikirkan bagaimana kita boleh melonjakkan lagi sektor koperasi dan mempelbagaikan jenis perniagaan untuk persatuan koperasi.<\/p>\n<p>\u201cJadi, kami memutuskan untuk memfrancaiskan Ar-Rahnu X&#8217;Change kepada persatuan koperasi memandangkan sektor koperasi kini dijangka menjadi penyumbang ketiga kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebanyak 53 pusat pajakan Ar-Rahnu X\u2019Change di seluruh negara dimiliki persatuan koperasi dan antara koperasi yang terlibat adalah Koperasi News Straits Times Press, Koperasi Pekerja-pekerja Jabatan Perdana Menteri, Koperasi Telekom Malaysia Berhad dan banyak lagi.<\/p>\n<p>Semua pusat pajakan yang dikendalikan badan koperasi mencatatkan prestasi agak baik walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>\u201cRManagement sentiasa memantau kesemua francais Ar-Rahnu X&#8217;Change. Jika tidak mencapai sasaran, kami akan memanggil pemilik francais untuk mengetahui masalah dan cuba membantu menyelesaikan masalah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jika ada badan koperasi berminat untuk membuka pusat pajak gadai itu, mereka boleh menghantar permohonan mereka kepada RManagement.<\/p>\n<p>Pihaknya akan mengkaji permohonan tersebut sebelum membenarkan koperasi tersebut mengoperasikan Ar-Rahnu X\u2019Change.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, sudah 96 Ar-Rahnu X\u2019Change dibuka di seluruh negara dan kami menyasarkan membuka lima lagi pusat pajak gadai tersebut pada tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Buka lebih banyak kedai emas<\/p>\n<p>Selain menguruskan pusat pajak gadai, RManagement juga berjaya membuka sebuah kedai emas di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur dalam usaha menerajui bidang perniagaan tersebut.<\/p>\n<p>Emas yang dijual RManagement adalah rendah berbanding kedai emas lain.<\/p>\n<p>\u201cBank Rakyat menjual emas pada harga murah kerana ingin memberi peluang kepada orang muda memiliki emas selain\u00a0 menggalakkan mereka\u00a0 melakukan pelaburan emas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>RManagement kini sedang dalam perancangan membuka kedai emas di Putrajaya pada tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cKami mempunyai perancangan untuk membuat kepingan bar emas seberat ssatu gram dalam tempoh beberapa tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Berjaya mengharungi suasana ekonomi tidak menentu pada tahun lalu yang turut memberi kesan kepada mereka. Bahkan, perniagaan lain juga turut terjejas.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah cabaran besar kami. Kami sudah merangka pelbagai strategi supaya urusniaga kami tidak begitu terkesan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehingga 30 November tahun lalu, RManagement berjaya mencatat keuntungan kira-kira RM9.7 juta.<\/p>\n<p>Jumlah tersebut lebih tinggi daripada 2014 di mana, syarikat berkenaan mencatat keuntungan sebanyak RM8.9 juta.<\/p>\n<p>\u201cSaya bangga dengan pencapaian RManagement dan berharap, prestasi ini akan terus utuh untuk tahun-tahun mendatang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>URL :\u00a0http:\/\/www.sinarharian.com.my\/bisnes\/rmanagement-semakin-mengorak-langkah-1.480306<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sinar Harian &#8211; 1 Februari 2016 Mokhrazinim optimis RManagement akan menghasilkan prestasi baik pada tahun ini &nbsp; RAKYAT Management Service (RManagement) mengorak langkah untuk bersaing dengan syarikat perdagangan emas lain di negara ini. Diperkenalkan pada 1975, merupakan\u00a0 anak syarikat bank koperasi berasaskan Islam, Bank Rakyat. Pengurus Besar RManagement, Dr Mokhrazinim Mokthar berkata, RManagement ditubuhkan adalah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4025,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4024"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4024"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4024\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4025"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4024"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4024"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4024"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}