{"id":3974,"date":"2016-01-04T15:15:59","date_gmt":"2016-01-04T07:15:59","guid":{"rendered":"http:\/\/dclass.my\/masjid\/?p=3974"},"modified":"2016-01-04T15:15:59","modified_gmt":"2016-01-04T07:15:59","slug":"internet-jadi-guru-perniagaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/2016\/01\/04\/internet-jadi-guru-perniagaan\/","title":{"rendered":"Internet jadi guru perniagaan"},"content":{"rendered":"<p>SINAR HARIAN &#8211; 7 JULAI 2014<\/p>\n<p><img src=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/polopoly_fs\/1.297140.1404709239!\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_624\/image.jpg\" alt=\"Internet jadi guru perniagaan\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>TUAH <\/strong>ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah peribahasa bagi menggambarkan usaha Zamani Zakaria, 34, yang berjaya mengusahakan kedai dobi sendiri walaupun tanpa kelulusan pendidikan tinggi.<\/p>\n<p>Suatu ketika dahulu, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu pernah menjadikan sampah dan bahan buangan sebagai sumber rezeki sampingannya, namun kini beliau mempunyai rangkaian kedai dobi menerusi jenama Adan Laundry.<\/p>\n<p>Empat tahun lalu, bapa kepada tiga anak ini hanya berguru dengan laman web Google dan juga laman video sosial YouTube untuk memulakan perniagaannya.<\/p>\n<p>Menceritakan lanjut, Zamani berkata, beliau tidak pernah menyertai mana-mana kursus mahupun latihan atau bimbingan secara formal untuk membuka Adan Laundry.<\/p>\n<p>\u201cSaya kurang percaya dengan hanya mengikuti kursus perniagaan sehari, boleh menjamin perniagaan saya kekal sampai lima hingga 10 tahun akan datang sebab semuanya hanya teori.<\/p>\n<p>\u201cSedangkan, ia tidak sama dengan praktikal yang sepatutnya kita lakukan untuk membuka kedai dobi ini,\u201d katanya ketika ditemui di kedainya di Damansara Damai, Petaling Jaya.<\/p>\n<p>Menurut Zamani, pemilihan nama Adan diambil sempena nama anak sulungnya, Mohd Zuhri Ramadhan.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, nama Adan dipilih kerana ingin mengekalkan ciri-ciri Melayu kerana kebanyakan perniagaan dobi sedia ada adalah milik bukan Bumiputera. Jadi, saya hendak tampilkan sedikit kelainan,\u201d katanya.<\/p>\n<p><strong>Guna mesin basuh rumah <\/strong><\/p>\n<p>Pada awal perniagaannya, Zamani hanya mampu membeli tiga buah mesin basuh automatik yang digunakan di rumah dengan sebuah pengering industri.<\/p>\n<p>\u201cMasa itu, baru hendak mulakan perniagaan, mana mampu untuk beli mesin basuh yang harganya sehingga hampir mencecah puluhan ribu ringgit.<\/p>\n<p>\u201cDari situ, saya belajar, rupa-rupanya kedai dobi tidak boleh gunakan mesin basuh rumah kerana tidak sesuai untuk basuh barangan yang besar seperti gebar (comforter).<\/p>\n<p>\u201cSelepas enam bulan, saya jual semua mesin basuh rumah dan beli dua mesin basuh industri dobi secara ansuran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika itu, Zamani tidak mempunyai pekerja, sebaliknya beliau hanya dibantu isterinya, Zaidatul Akhmar Ramly, 30, untuk menguruskan kedai tersebut.<\/p>\n<p>\u201cHanya kami berdua yang basuh, gosok dan keringkan segala pakaian dan item yang dihantar ke kedai kami.<\/p>\n<p>\u201cSetelah tiga bulan beroperasi, barulah kami mampu menggaji seorang pembantu untuk menolong kami di kedai dobi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jika perniagaan dobi yang lain lebih selesa mengambil kontrak daripada mana-mana syarikat untuk menggunakan perkhidmatan dobi di kedai milik mereka, situasi sama tidak berlaku di kedai dobi milik Zamani.<\/p>\n<p>Beliau lebih senang sekiranya pelanggan datang sendiri mendapatkan perkhidmatan di kedainya.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita ikat kontrak membasuh dengan mana-mana syarikat, nilai kontraknya sangat rendah.<\/p>\n<p>\u201cBukan itu saja, bayaran yang akan diterima daripada pelanggan syarikat juga agak lewat, mungkin dalam dua atau tiga bulan sekali. Sukar untuk menghitung pulangan perniagaan kerana lambat mendapat bayaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p><strong>Miliki 16 cawangan pusat dobi<\/strong><\/p>\n<p>Walaupun pada awalnya hanya mampu menyewa sebuah lot kedai di Damansara Damai, Zamani kini boleh menarik nafas lega kerana perniagaan Adan Laundry semakin berkembang dan memiliki 16 cawangan seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>Selain di Damansara Damai, Adan Laundry ada cawangan di Shah Alam, Klang, Pandan Jaya, Puchong, Subang Jaya, Gombak, Puncak Alam dan Pahang.<\/p>\n<p>Menurut Zamani, antara perkhidmatan disediakan ialah basuhan biasa, seterika, basuhan gebar, pengering, basuhan langsir dan permaidani.<\/p>\n<p>\u201cUntuk basuhan biasa, kami mengenakan bayaran berpatutan iaitu pada harga RM2 sekilogram (kg), RM1 untuk setiap kg perkhidmatan pengeringan, RM3 (lapik meja), RM3 (sarung kusyen) dan RM3 (langsir).<\/p>\n<p>\u201cManakala, RM1 dikenakan untuk perkhidmatan seterika, RM8 untuk satu gebar dan RM1 bagi satu kaki persegi permaidani yang mendapat perkhidmatan di kedai kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bermula 2013, Zamani berkata, beliau membuka kedai dobi berkonsepkan layan diri yang beroperasi 24 jam.<\/p>\n<p>\u201cKetika itu, memang kedai dobi layan diri mula dapat perhatian. Kami perlu ikut trend semasa untuk teruskan perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cKedai dobi konsep ini lebih menguntungkan kerana masanya lebih fleksibel bagi orang ramai untuk dapatkan perkhidmatan kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p><strong>Bekal sabun dan peralatan dobi<\/strong><\/p>\n<p>Selain kedai dobi, Zamani berkata, syarikat miliknya melalui Adan Chem Trading juga membekalkan sabun dan peralatan lain di lebih 200 kedai dobi seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKami ada kilang sendiri di Rawang untuk pembekalan bahan cucian dan barangan dobi seperti penyangkut pakaian dan plastik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penubuhan Adan Chem Trading pada 2012 kerana Zamani menyedari kurangnya pembekal barangan dobi dari kalangan Bumiputera.<\/p>\n<p>\u201cKira-kira 95 peratus pengusaha kedai dobi biasa adalah orang Melayu, tetapi kira-kira 95 peratus pembekal barangan dobi seperti sabun bukan Bumiputera.<\/p>\n<p>\u201cJadi kami buka Adan Chem Trading untuk bekalkan sabun dan peralatan dobi lain sebagai pilihan kepada usahawan dobi Bumiputera untuk mendapatkan bekalan untuk operasi kedai dobi mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Adan Laundry yang mendapat lesen francais pada 16 Januari lalu menyasarkan untuk membuka 30 cawangan seluruh Malaysia tahun ini, namun tumpuan lebih diberikan di sekitar Lembah Klang.<\/p>\n<p>Sepanjang membuka kedai dobi, Zamani tidak mempunyai masalah permintaan pelanggan, sebaliknya berdepan masalah tenaga kerja.<\/p>\n<p>\u201cSukar untuk tarik orang Melayu (kerja di kedai dobi). Kerajaan pula tidak benarkan kita ambil pekerja luar.<\/p>\n<p>\u201cJadi, sekarang saya dalam perancangan untuk jadikan industri dobi ini sebagai kerjaya menerusi latihan yang dibimbing oleh Adan Laundry Training Centre,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zamani mengakui, bukan mudah mengecapi kejayaan seperti sekarang dan banyak risiko perlu dihadapi oleh pengusaha apa-apa perniagaan sekalipun.<\/p>\n<p>Namun, beliau menasihatkan usahawan baharu supaya tidak risau dengan risiko perniagaan kerana ia akan menjejaskan keyakinan untuk terus berniaga.<\/p>\n<p>\u201cKalau ingin berniaga, jangan terlalu lihat pada risiko, sebaliknya teruskan niat kita untuk berniaga. Kalau asyik dibayangi risiko, sampai bila-bila pun kita tidak boleh berniaga,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>URL : http:\/\/www.sinarharian.com.my\/bisnes\/internet-jadi-guru-perniagaan-1.297137<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SINAR HARIAN &#8211; 7 JULAI 2014 &nbsp; TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah peribahasa bagi menggambarkan usaha Zamani Zakaria, 34, yang berjaya mengusahakan kedai dobi sendiri walaupun tanpa kelulusan pendidikan tinggi. Suatu ketika dahulu, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu pernah menjadikan sampah dan bahan buangan sebagai sumber rezeki&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3975,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[33],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3974"}],"collection":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3974"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3974\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3975"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3974"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3974"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mfa.org.my\/mfa2020\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3974"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}