KUALA LUMPUR – Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM35 bilion menjelang tahun hadapan berbanding RM32 bilion pada tahun lepas.
“Kita (MFA) mempunyai lebih kurang 66 produk yang telah dibawa keluar negara setakat hari ini.
“Kalau melihat kepada jumlah anggota MFA itu sendiri tidaklah begitu ramai tetapi dari segi pencapaian perkembangan perniagaan mereka adalah sangat memberangsangkan di mana kita mempunyai kira-kira 4,200 kedai di luar negara.
“Oleh itu, MFA ingin menggalakkan lebih banyak francais tempatan menyertai persatuan ini bagi menggalakkan persaingan yang sihat dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dan sektor francais yang lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Malam Anugerah Francais Malaysia di sini hari ini.