Kuala Lumpur, 19 Jun 2019,
Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM35 bilion menjelang tahun hadapan berbanding RM32 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk Radzali Hassan, berkata sasaran KDNK itu dijangka berjaya dicapai menerusi peningkatan pelbagai produk eksport ke pasaran luar negara.
“Kita mempunyai kira-kira 66 produk yang telah dibawa keluar negara setakat hari ini. Kalau melihat kepada jumlah anggota MFA itu sendiri tidaklah begitu ramai tetapi dari segi pencapaian perkembangan perniagaan mereka, adalah sangat memberangsangkan di mana kita mempunyai kira-kira 4,200 kedai di luar negara,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/576004/mfa-sasar-rm35-bilion-sumbangan-industri-francais-kepada-kdnk