SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia meraikan usia 37 tahun sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi. Papan tanda yang tertera perkataan Mekdi, panggilan orang tempatan bagi ‘McD’ kini jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang, lokasi pertamanya di Malaysia yang dibuka pada 1982.
“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan itu, kami memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami dan ia kini sinonim dengan jenama kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam meraikan Bulan Kemerdekaan, McDonald’s Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan nasi lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel penuh: https://www.utusan.com.my/mega/rona/mcdonald-s-rai-identiti-syarikat-1.967889