Kuala Lumpur, 22 Julai 2020,
Bagi mengubat rindu rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara khususnya ke Korea, McDonald’s Malaysia (McDonald’s) telah membawa ‘Little Seoul’ ke restoran Pandu Lalu Putrajaya bersesuaian dengan kempen Burger Korea Pedas.
Restoran yang bertemakan Pengalaman Seoul itu telah dihiasi dengan tanglung, hiasan dinding, dan sebuah tirai latar (backdrop) di luar restoran untuk pelanggan bergambar.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Melati Abdul Hai berkata, kakitangan di restoran itu juga akan mengenakan pakaian tradisional Korea untuk melayani pelanggan.
“Kami ingin membawa pelanggan ke destinasi kegemaran mereka melalui hidangan kami. Itulah hasrat kami dengan membawa ‘Seoul’ ke restoran di Putrajaya, sebagai satu pengalaman Korea sebenar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Selain itu, bagi menjadikan kempen yang telah berlangsung sehingga 12 Ogos ini lebih menarik, syarikat turut memperkenalkan #McDaebak TikTok Challenge untuk disertai oleh rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi baucar tunai McDonald’s.
Peserta perlu merakam video mereka ketika menikmati Burger Korea Pedas dan menunjukkan versi transformasi “Daebak” (hebat) mereka dengan lagu “Clap” di TikTok. Peserta dengan penyertaan yang sah juga layak menikmati diskaun 30 peratus untuk pembelian Burger Korea Pedas berikutnya.
Mengulas mengenai Burger Korea Pedas itu, Melati menerangkan, menu tersebut disajikan dalam dua pilihan iaitu Daging Yang Digril dan Kepingan Ayam Rangup yang dihidangkan bersama keju cair, campuran sayur-sayuran segar, bawang yang digril, dan sos Pedas Korea, serta diapit dengan roti arang lembut.
Bagi penggemar pencuci mulut, mereka juga boleh menikmati Black Forest Pie dengan kulit pai coklat rangup yang padat dengan inti strawberi dan kastard berkrim atau Black Forest McFlurry baharu, dengan keenakan strawberi dan coklat dalam aiskrim vanilla istimewa McDonald’s.
Sumber: Kosmo
Artikel Penuh: https://www.kosmo.com.my/2020/07/22/mcdonalds-bawa-little-seoul-ke-putrajaya/