Kuala Lumpur, 1 Ogos 2024,
Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas bergabung tenaga dengan RHB Islamic Bank Berhad dalam Perjanjian Kerjasama unt menawarkan faedah eksklusif kepada pemegang kad
Debit-i RHB MySiswa.
Perkongsian ini adalah satu langkah ke arah memperkasa pelajar pengajian tinggi Malaysia daripada universiti awam, menyediakan mereka akses yang lebih baik kepada penyelesaian kewangan Bank dan memberi ganjaran kepada mereka dengan pilihan tempat makan mampu milik daripada Marrybrown.
Kad Debit-i RHB MySiswa ialah inisiatif inovatif yang menyepadukan kad matrikulasi pelajar dengan fungsi kad debit dengan lancar, menawarkan pelbagai faedah termasuk akses kepada perkhidmatan sokongan universiti, pengurusan kewangan yang cekap dan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang mudah.
Pemegang kad juga akan menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada lebih 100 peniaga yang mengambil bahagian, merangkumi makanan dan minuman, pengangkutan, pendidikan dan banyak lagi.
Sebagai rangkaian makanan segera pertama yang bekerjasama di bawah program MySiswa, Marrybrown akan menyediakan tawaran-tawaran unik kepada pemegang Kad Debit-i RHB MySiswa.
Dengan lebih 365,000 Kad Debit-i RHB MySiswa diaktifkan setakat Jun 2024, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelajar di 20 universiti awam di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan nerkata, kerjasama dengan RHB Islamic Bank adalah penting dalam memberi kembali kepada pelajar yang telah berkembang menikmati hidangan lazat Marrybrown, termasuk ayam rangup istimewanya, dan mereka yang belum menikmati menu istimewa mereka.
“Bekerjasama dengan RHB Islamic Bank untuk program MySiswa membolehkan kami menawarkan pilihan hidangan yang lazat dan berpatutan kepada pelajar,” kata Chan.
Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Dato’ Adissadikin Ali menekankan peranan kerjasama dalam mewujudkan impak sosial yang positif dan meningkatkan nilai untuk rakyat Malaysia.
“Kad Debit-i RHB MySiswa mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kemajuan komuniti. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Marrybrown, jenama Malaysia yang dihormati, untuk menawarkan faedah eksklusif yang meningkatkan pengalaman universiti pemegang kad MySiswa kami dan kesejahteraan keseluruhannya,” ujarnya.
Melalui perkongsian strategik ini, Marrybrown dan RHB Islamic Bank menyasarkan untuk meningkatkan program MySiswa, memperkayakan kehidupan pelajar dengan menyediakan perkhidmatan dan faedah yang berkualiti.
Marrybrown melayani berjuta juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara, memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna.
Sumber : dagangnews
Artikel Penuh : https://www.dagangnews.com/article/marrybrown-rhb-islamic-bank-bekerjasama-tawarkan-faedah-eksklusif-kepada-pemegang-kad-debit-i-rhb-mysiswa-39473