6 Mei 2023,
Marrybrown diiktiraf sebagai ‘Duta’ Malaysia Madani menampilkan makanan dan perkhidmatan terbaik Malaysia di Australia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau berbangga dengan jenama restoran Marrybrown yang berjaya membina restoran pertamanya di Burwood, One Shopping Centre, Melbourne.
“Marrybrown kini bukan lagi sekadar ‘Halal Quick Service Restaurant’ tetapi ‘Duta’ Malaysia MADANI yang berjaya menawarkan makanan dan perkhidmatan terbaik Malaysia di Australia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Salahuddin berkata, warga Australia teruja untuk menikmati menu sajian khas Marrybrown seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng dengan Sate dan Nasi Kari selain hidangan lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Sumber: Sumber Kini
Artikel Penuh: https://sumberkini.my/marrybrown-lancar-cawangan-pertama-di-australia/