Putrajaya, 27 April 2020,
Dua syarikat iaitu Marrybrown Sdn. Bhd. dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menjadi penaja makanan kepada 1,128 pelajar yang pulang ke kampung halaman masing-masing malam ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tajaan tersebut juga dapat digunakan sebagai bekalan sahur kepada para pelajar.
Kata beliau, ini berikutan para pelajar tidak boleh membeli makanan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) sepanjang perjalanan tersebut.
“Saya ingin merakam penghargaan kepada dua syarikat iaitu Marrybrown dan Gardenia yang memberi tajaan makanan kepada pelajar yang pulang ke zon utara dan zon tengah.
“Justeru, jika mana-mana pihak yang berminat untuk turut menaja boleh menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.
Sumber: Wilayahku
Artikel Penuh: https://www.wilayahku.com.my/marrybrown-gardenia-taja-makanan-pelajar-pulang-kampung/