Salam Hormat daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Terima kasih kerana menjadi ahli MFA.
Di MFA, kami menghargai bahawa setiap ahli mempunyai keperluan dan jangkaan yang berbeza. Sejajar dengan komitmen kami untuk memperkukuh tata kelola MFA, kami berhasrat untuk menambah baik Undang-Undang Tubuh Persatuan yang telah disediakan sejak penubuhan MFA pada tahun 1994.Ini bagi memastikan perkhidmatan yang kami tawarkan dapat dipertingkatkan dan disesuaikan dengan lebih baik bagi menyokong ahli dalam industri francais.
Oleh itu, kami sangat menghargai sekiranya anda dapat meluangkan sedikit masa untuk memberi maklum balas cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh MFA sebelum atau pada 31 Oktober 2024 (Khamis). Maklum balas anda amat berharga dalam usaha kami memperbaiki perkhidmatan dan tata kelola bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan industri francais di Malaysia.
Sekali lagi, terima kasih atas masa dan pandangan yang diberikan. Kami berharap dapat terus bekerjasama dan menyokong kemajuan industri francais negara.
BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
Penyertaan dalam Focus Group Discussion (FGD) Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh MFA.