Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan kunjungan ke Ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Bangsar South City, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meninjau serta mengambil maklum tentang perkembangan perbadanan tersebut.
PNS yang merupakan agensi milik Kementerian Kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.
Turut serta di dalam lawatan itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/majukan-francais-tempatan-1.496123#ixzz4ofjWsUy8
© Utusan Melayu (M) Bhd